As-salam.
Projek piza kena KIV sebab Mak Aji kurang yakin akan keju yang dijual di kedai pembekal bahan-bahan kek. Lebih baik ke pasar raya sahaja untuk mendapatkan keju yang tentu arahnya ada bertampal cop halal! Kata pekerja kedai tu - Cop halal pada paket besar tu takde tapi halal kak, orang-orang Melayu memang dok beli keju kat sini! Mak Aji berlalu sahaja tanpa membeli keju. Terfikir pula Mak Aji - Melayu pun macam-macam, ada yang kisah dan ada yang tidak kisah ada atau tidaknya cop halal tu!
Apapun pagi ini Mak Aji mahu cerita tentang apam beras pulut - projek pertama mengapam! Mak Aji terjumpa pelbagai resepi untuk apam ini. Mak Aji pilih yang ini sebab bahan-bahannya sedia ada di rumah. Mari kita lihat:
Apam pink siap untuk dikukus. |
Apamku senyum manis (kurang lebar senyumnya!) |
Alhamdulillah mekar juga apamku! |
"Boy, cepat pergi beli kelapa, mama nak makan apam ni!"
Oh ya, kalau anda mahu cuba, mari Mak Aji kongsikan bahan-bahan serta cara-caranya seperti di bawah:
Apam Tepung Beras
1 cawan nasi (semalam punya)
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
Sepaket kecil Eno
Cara-caranya:
Gunakan pengisar untuk menghancurkan nasi dan air hingga halus.
Masukkan gula, tepung dan yis. (Mak Aji masukkan separuh tepung dan keluarkan semuanya dari pengisar - takut berasap blender. Bakinya kacau dalam mangkuk.)
Kisar lagi.
Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
Perap antara 3 - 4 jam.
Selepas 3 -4 jam, masukkan Eno dan kacau rata.
Letakkan pewarna jika suka.
Panaskan kukusan dengan api besar.
Tuang adunan ke dalam acuan.
Kukus selama 15-20 minit.
Sedia untuk dimakan bersama-sama kelapa parut yang dicampur sedikit garam (gaullah ya, jangan tak gaul pulak!)
Catatan: Adunan ini boleh menghasilkan sekitar 22 biji apam saiz cenonet ni!
Sumber resepi: http://www.kongsiresepi.com/read/4901/0/
Sumber resepi: http://www.kongsiresepi.com/read/4901/0/
Selamat mengapam!
6 comments:
senang dibuat,sedap dimakan...nak sikit hehe
Salam Kam,
He he, nak mai sini! Kam, cemana nak keluarkan apam daripada acuannya tanpa 'mencederakan' apam??
Yummeyhhh ini apam beras!!
Salam QA,
Yes dear!
Assalam mak aji,
nk tanya kat mana boleh dapat acuan tu ya mak aji,jenuh saya mencari. Kedai biasa2 mcm x da je. Kedai kek pun tak pernah jumpa.
Salam Ibu Qis,
Mak Aji beli di kedai barang bakeri di Bukit Rahman Putera, sederet dengan Putra Medical Centre.
Post a Comment