Followers

Saturday, 10 August 2013

Menyambut Lebaran 2013

As-salam.

Untuk kali kedua berturut-turut kami beraya lagi tanpa balik ke kampung. Walaupun beraya di KL tidak semeriah di kampung, kehadiran hampir kesemua ahli keluarga (kecuali Along serta keluarganya yang balik beraya dengan keluarga mertuanya di Kota Bharu) cukup meriah juga, apa lagi dengan kehadiran Aleesya, cucu perempuan Mak Aji yang pertama! Jom layan foto raya kami!:

Kami sekeluarga.
Permata hati kami semua, Aleesya!!
Dahulu berdua, sekarang bertiga!
Masuk lalat Yang ooi!
Zhafran serta isterinya, Mida.
Pengantin lama, Mak Aji dan Pak Aji!
Kami dengan Zhafran serta Mida.
Kami dengan Madihah.
Madihah dengan kakak-kakak iparnya.
Nyenyaknya tidur Aleesya!
Uncle Boy berlatih dengan memangku Aleesya. Kalau sudah cukup
mahir bolehlah cari calon isteri ya!
Kami dengan keluarga Hanif.
Hero Malaya yang kacak-kacak semuanya!
Heroin Malaya yang tidak kurang manis semuanya ya, he he!!
Seronok kami dengan cucu baru!

Sibuk merakam foto lupa pula tentang makan ya. Mak Aji masak rendang daging bercampur paru-paru. Juga rendang ayam (pencen) serta ketupat (kurang ori sebab segera sahaja). Ketupat palas berinti daging juga ada (bukan bikinan sendiri tetapi ditempah). Oh ya, juga pulut kuning hasil resepi (di sini) rakan blogger, SmRose yang dimasak dalam tempoh kurang setengah jam menggunakan ketuhar gelombang mikro! (Terima kasih Rose, menjadi pulut Mak Aji!) 

Sekadar itu sahaja perkongsiaan buat kali ini! Selamat menyambut aidilfitri untuk semua, maaf zahir batin daripada kami sekeluarga buat anda semua!

 

4 comments:

Phyllis @Around the House said...

I loved seeing all of your beautiful lfamily, the meal sounds so wonderful...i love the colorful clothing and it looks like you have a beautiful home, thanks for sharing with us..Please come over to my blog for a visit, I have a celebration too with a jungle theme with parrots.I think you will love it...Phyllis

Ummu Madihah said...

Hi Phyllis,

Everybody in my family is present in the pic except for my eldest daughter and her family. We congregate to celebrate Eid, after a full month of fasting! Yes, I'll come over for a visit!

Umm AA said...

Selamat hari raya makji..maaf zahir batin kalau ade salah silap..
wah seronok yer wpun tak balik kg, kurang2 hampir semua jgk ade kan anak beranak..
tgk rambut sialeesya tuh kemain panjang ceracak dah..arissa dahjauh ketinggalan ..hehehe..
sedapnya pulut kuning kan..ingat nak buat ketupat versi perantau nanti..inshaallah..:)

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

Selamat hari raya, maaf zahir batin drp Mak Aji juga. Rambut Aleesya memang berceracak walaupun dah agak hampir 2cm! Ntah bilah nak turun tu! Takpa nanti Arissa beri kejutan tumbuh pantas.
Ketupat versi perantau tu yg segera ke??
Salam drp kami semua utk Ummuaidan dan keluarga di perantauan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...