Followers

Wednesday 21 August 2013

Gubahan Bunga Cantik

As-salam.

Dalam membuat persiapan untuk majlis sambut menantu tempoh hari, Mak Aji ada berkunjung ke Sayang You di Semua House untuk mencari barang. Sambil membayar di kaunter terpandanglah pula hiasan yang dibuat pada bahagian hadapan pintu masuknya. Sungguh cantik himpunan hiasan yang dibuat - bertema raya. Mak Aji mohon kebenaran untuk merakam foto gubahan sebab cukup cantik dan kreatif sekali gubahannya. Mak Aji mohon kebenaran untuk merakam satu sahaja foto tetapi tidaklah pula tertahan, tersnap (macam terbelasah isteri di dalam lif!) dua pulak, he he! Cina kedai tu senyum aje (agaknya dalam hatinya - orang beri betis, nak paha pulak mak cik ni ya!).

Layanlah dua foto di bawah!:

Cantik, kan, begitu juga harganya, RM321!
Semacam bonsai, siap dengan lumut sekali!



6 comments:

Kamsiah yusoff said...

mmg cantik mak aji..tp kalau lbh rm300..tgk ajalah...:)

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Mak Aji pun, kalau rege gitu, kirim salam ajelah!

Umm AA said...

Salam makji..
Mahal kerana cantik atau cantik kerana mahal..hehehe..mmg cuci mata jerlah yer..

zonaku said...

salam mak aji...

cantik!!! tapi sy x beli kot hiasan y mcm ni..... sekadar tengok n mernghargai keindahannya sudah la..

Ummu Madihah said...

Salam Ummuaidan,

He he, dua-dua pun mungkin! Yang pasti kalau gitu harganya kita tumpang tengok aje, kalau berkenan sangat2 kita 'copy paste', tiru cara dia dan buat dengan bunga yang kita beli sendiri - memang itupun hajatnya kalau rajin, cumanya entah mana nak letak ya, rumah saiz cenonet, lagipun bagus untuk collect habuk tu!

Ummu Madihah said...

Salam Zonaku,

Memang terlalu cantik untuk tidak dirakam fotonya! Membelinya Mak Aji pun xlah kut! Betul tu, untuk kita sama2 menghargai keindahannya, mengagumi kekreatifan tukang gubahnya dan tentu sekali Maha Pencipta yang mencipta penggubah bunga tersebut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...