As-salam.
Ingat tidak anda akan masa kita kecil-kecil dahulu? Kita mula-mula kenal nama kita apabila sering disebut emak dan bapa kita. Dari situlah kita kenal nama kita dan nama itulah yang kita bawa hingga ke hari ini. Namun begitu tahukah anda untuk kebanyakan kita (untuk orang tua seperti Mak Ajilah!), dari hari ke hari nama itu semakin tidak disebut lagi. Kita (rujuk diri sendiri lebih senang, bukan?) telah berubah daripada seorang anak kecil, anak dara sunti, isteri orang, emak orang, dan sekarang nenek orang!
Untuk diri Mak Aji sendirilah, Mak Aji semakin hari semakin hilang diri sendiri kerana lebih kerap dirujuk secara relatifnya dengan orang lain, - isteri orang, emak orang dan sebagainya. Jadi ke manakah hilangnya identiti Mak Aji itu (NHA - initial nama sebenar Mak Ajilah tu!). Mana pergi NHA???
NHA hanya muncul sekali-sekala apabila Mak Aji bertemu kawan-kawan, baik yang sebaya, juga yang bukan sebaya dan pada ketika itu sahajalah Mak Aji boleh benar-benar menjadi diri sendiri (tanpa dirujuk dan dikaitkan dengan orang lain). Pada ketika lain NHA hilang entah ke mana!
Dengan kata lain, I need more ME-time and I need to be more of myself!! Do come back NHA, I miss you so!! Perlu difikirkan sesuatu sebelum diri ini hilang terus! Sudah lama NHA tidak dilayan - gotta go for a facial, a hair-cut, window shopping!!
Sumber kartun: nicoleburley.com |
9 comments:
hanya guna nama betul..nama penuh bila isi borang ja ya mak aji..
hanya guna nama betul..nama penuh bila isi borang ja ya mak aji..
Salam Kam,
Itulah dia diri sendiri cuma muncul sekali-sekala je, contohnya bila isi borang tu!
Rsnya dialam skrang yg diri kita tuh tak terlayan..betul kata makji, kita tuh dikongsikan2 sbg isteri orng, mak orng..hiii kalau anak ramai lg..byk lglah perkongsian kan..hehe
Salam Ummuaidan,
Kalau banyak sangat dos 'tak terlayan' tu, ada ketika naik bengang juga kita ni. Itu yang nak kena ada private time/me time untuk manjakan/melayan diri, just to make sure hati kita happy sebab kalau kita tak happy, nescaya semua org dalam rumah x happy! Kat rumah ni lagilah ramai org!!
Oh, saya tak terfikir pulak mcm tu mak aji. Hmmm...makes me think though. Im just happy being my hubby's wife and my kids mum and my parents daughter...n kind of proud to be known as one.
Salam Nor,
Mak Aji ni kadang2 terfikir macam tu setiap kali hati ni terguris bila ahli keluarga take me too much for granted! Being referred to as somebody's wife or mother etc is fine when the 'weather' is all fine, but when there is a 'storm', aduhai itulah waktunya Mak Aji mencari diri yang hilang tu!! Hu hu!
uhuhuhuh!!!sgt2la betulkn mak aji...ke manakah diri kita itu trhumban.....sobsobsob.......
Salam QA,
Kita cuma haraplah orang2 terdekat dengan kita tu sedar akan betapa besarnya pengorbanan kita sebagai isteri, ibu, nenek (Mak Aji ajalah tu!) ...... Moga juga hati kita dijaga jangan sampai terguris! Kalau hati ni dijaga, ibarat kalau diminta junjung rumah atas kepala pun mahu juga kita usahakan, he he!!
Post a Comment