Hari demi hari makin banyak keluar berita berlakunya penipuan melalui internet. Salah satu kaedah ialah melalui penggunaan akaun FB.
Kalau selama ini Mak Aji hanya membaca pengalaman orang lain sahaja, kali ini (kalau tidak silap firasat Mak Aji) ada pula pihak yang menduga Mak Aji pula. Cuba lihat mesej peribadi ini yang Mak Aji terima dalam akaun FB Mak Aji:
Hendak tergelak pun ada, berasa geram pun ada. Kalau ya pun agak-agaklah kalau nak mengenen tu. Macamlah kita ni hard-up sangat mahu berkenalan dengan mat saleh entah mana datangnya (rasanya mat hitam, gagak hitam kut??). Excuse me!! Pergilah jual minyak tempat lain, di rumah ini Mak Aji ada banyak minyak, minyak masak, minyak gamat, minyak sapu,......
No thank you Andrew-what's-your-name, sell your 'oil' elsewhere!!
4 comments:
sabar mak aji.. anggap saja hiburan petang hari...
Salam Zonaku,
He he, saja nak lepaskan stim sikit, adalah hot sikit, tapi sikit je, yang banyaknya nak tergelak. Yang heran tu ada yang boleh terkena ya, haish!!
Betul tu, hiburan petang.
ohhh,,tidakkkkkk!!!seram la crita kena tipu ni...sbb kbykn yg trmkn tu org cerdik pndai :(
Salam QA,
Orang cerdik pandai pun kalau dah termakan pujuk rayu lelaki hidung belang, layu juga akhirnya. Bila duit berpuluh, malah beratus ribu lesap baru perasan rupa-upanya tipu daya semuanya.
Post a Comment