Followers

Saturday 3 August 2013

Memandu dengan Tangki Minyak Kosong

As-salam.

Sekitar minggu lepas sebelum Mak Aji keluar dari rumah  Mak Aji sudah pun perasan yang minyak kereta sudah hampir tinggal kosong. Sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau, niat untuk membelok kanan untuk terus ke stesen minyak berubah apabila Mak Aji bertukar fikiran untuk memandu terus ke pejabat pos mini di Kuang. Niat untuk mengisi minyak dilupai terus semasa melintas lalu stesen minyak Petronas. Setelah keluar dari pejabat pos dan menghala ke Bukit Rahman Putra, barulah Mak Aji teringat akan minyak yang hampir kosong. Meter minyak ketika itu sudah menunjukkan angka 0!!! 

Minyak tinggal 0 wei!!

Apa lagi, muka Mak Aji berasa panas serta-merta (warna muka agaknya sudah bertukar ke macam-macam warna, hijau, biru merah agaknya!), panik tidak terkata. Pendingin hawa terus dipadamkan untuk menjimatkan minyak sehinggalah Mak Aji selamat sampai ke stesen minyak terdekat. Setelah mengisi minyak RM50 dan meter menunjukkan angka 400 lebih, barulah Mak Aji menarik nafas lega! Pucat putih den!  


4 comments:

Al-Manar said...

Pandu dengan tangki kosong? Saya pandu dengan kereta yang sudah mati road tax sebulan lebih! Nasib baik kerana oeang pemandu dah tua dimaafkan. Selakat hari Raya dengan cucu. Sudah berapa morang? Saya dah ada SEPULUH!

Ummu Madihah said...

Salam Al-Manar,

He he, masing2 dengan kisah masing2 ya! Saya pun pernah memandu dengan road tax mati sebab x sempat renew (kononnya kalau kena tahan buat2 lupa dengan muka selamba - nasib baik tak kena tahan!) Selamat hari raya juga diucapkan, asti cukup meriah dengan 10 cucu!! Saya dah ada 3 setakat hari ini.

Elham said...

Saya sebagai seorang yg sgt penakut dan terlebih hati2,hihi...tak akan bwk satu2 kereta kalau tengok indicator minyak tu pointing at 1 bar pun!! Mesti lbh dari 2 bar...hubby selalu "nngepek"...dia kata, ni blh sampai KL lg ni!!

Ummu Madihah said...

Salam Nor,

He he, kalau gitu memang ada benar jugak kata suami Nor tu! Kalau akak preferably ada satu bar, pastu terus ke stesen utk isi lagi. Tahu ajalah kat KL ni jam x tentu masa, buat tambah stress kalau minyak dah tinggal sikit apa lagi kosong!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...