Followers

Tuesday, 20 August 2013

Majlis Sambut Menantu

As-salam.

Pada 17 Ogos 2013 yang lepas keluarga kami mengadakan majlis sambut menantu di rumah kami. Kenduri di pihak kami hanya berskala kecil dan jemputan terdiri daripada kaum keluarga, sanak-saudara dan jiran tetangga sahaja. 

Majlis bermula dengan bacaan maulid (sekitar jam 10.30 pagi) dan alhamdulillah guru Pak Aji berkesempatan untuk turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut. Usai maulid guru Pak Aji juga sempat menyampaikan tazkirah untuk kumpulan jemaah yang hadir.

Berikut beberapa foto sekitar majlis tersebut:



Rombongan pihak pengantin perempuan sedang menjamu selera. 
Nadia dan Madihah.
Pengantin dan sebahagian rombongan menjamu selera.

Petugas katerer menyiapkan bufet jamuan.
Along dan Imran makan.
Dua adik Mak Aji (dari kiri), adik ipar serta menantu.
Meja bufet untuk muslimin.
Pengantin merakam foto selepas makan.
Pengantin dengan ibu bapa pengantin perempuan.
Keluarga pengantin perempuan.

Kamar pengantin dihias sederhana.
Dari dekat.
Syaida mendukung Mia dan Nadia mendukung Aleesya,
masing-masingnya dua pupu.
Mia tidur menganga (punyalah lenanya!) dan Aleesya yang nak start
enjin tangisnya!

Pengantin dengan keluarga Hamzah.


Pengantin serta Mak Aji dan Pak Aji.
Pengantin dengan anak-anak lelaki Mak Aji.

Semua keenam-enam anak Mak Aji tambah menantu baru, Mida.
Pengantin dengan keluarga Hanif.
Pengantin dengan keluarga Along.
Pengantin dengan Madihah.
Pengantin dengan keluarga Alif (anak buah Pak Aji).
Almost all in the family.
Selesai sudah majlis, tiba pula masa merawat kaki Mak Aji yang naik kejang dek berdiri seharian! Badan juga berasa sakit-sakit. Walau apapun alhamdulillah majlis berjalan lancar. Mak Aji berharap dan mendoakan agar Zhafran dan Mida akan menjalani kehidupan berumah tangga dengan bahagia serta sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan, amin!!






2 comments:

Aida Salleh said...

Tahniah Kak!
Syukur Alhamdulillah dah selesai majlisnya. Sekali lagi saya gagal memenuhi undangan akak. Niat memang ada tapi pakan daya. Saya jaga mak dihospital. (Mak masih dihospital sehingga hari ini) Rasa terkilan sangat. Saya mohon maaf ya kak. terima kasih banyak-banyak atas ingatan akak terhadap saya.
Dari kejauhan ni saya doakan rumah tangga yang dibina diberkati Allah dan kekal sepanjang hayat.

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Takpa Da, akak dah agak, dah sebab dah tahu mak Da sakit. Insya-Allah masih berbaki yang belum kahwin lagi, cula takdelah dalam tempoh terdekat ni. Amin, sama-samalah kita doakan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...