As-salam.
Pada pagi raya pertama yang lepas, entah siapalah terjumpa foto lama Pak Aji dengan tiga anak bujang kami ketika mereka masih kecil dan Pak Aji yang masih muda. Berdasarkan penelitian, foto ini diambil semasa kami menduduki rumah lama kami di Sungai Tua, Selayang. Apa yang kami tergelak besar - ada yang menyuruh mereka berposing seperti dalam foto asal! Ini hasilnya!:
Dari kiri, Zhafran, Pak Aji, Hanif dan Firdaus (Boy). |
Foto selepas 23 tahun! |
Antara respons yang didapati selepas melihat foto ini:
"Aji nampak lebih muda sekarang!" (senyum sakan Pak Aji!).
"Muka nakal Zhafran tak habis-habis sampai sekarang!"
"Boy tetap maintain mata dan badan bulatnya!"
"Hanif buat muka, konon nak sama dengan dalam foto lama, tapi tak jadi, he he!"
"Pipi Hanif labuh sikit daripada pipi Aleesya sekarang!"
8 comments:
hahaha..kelakar lah mak aji...nasib baik dulu2 guna kamera filem.;;;
Salam Kam,
Selamat pulang dari beraya sakan di kampung! Itulah dia lawak kami yang tak beraya kat kampung, he he!
selamat hari raya ya..
Salam Mia,
Selamat hari raya dan selamat berkunjung ke sini!
salam makji
hehe..cepatnyer ms berlalu kan..dr anak2 skrang lak dah jd dewasa..pakji ttp style gitu dr dl yer..
Salam Ummuaidan,
Memang betul, sedar2 aje anak bongsu pun dah berjanggut dan semakin banyak uban memutih di kepala! Pak Aji maintain ya, seronoklah dia tu!!
hahhaha...naka la mak aji n pak aji...sporting betul!! selamat hari raya mak aji...
Salam Dieyana,
He he, biar sporting, jangan tak sporting!! Selamat hari raya juga untuk Dieyana sekeluarga!
Post a Comment