Followers

Thursday, 13 September 2012

Perabot Rotan

As-salam.

Akhirnya pencarian kerusi rotan berakhir petang tadi apabila kami ke Rattan Decor, di Kampung Subang, Shah Alam. Set ini diperagakan di hadapan (orang tua kata 'dalam cermin') kedai dan sekali pandang hati sudah berkenan dan kebetulan ada 'orang itu' yang bermurah hati belanja, maka Mak Aji, apa lagilah!! Bagai mengantuk disorongkan bantal! Rejeki, rejeki, alhamdulillah! Ini dia foto yang diambil setelah kerusi rotan idaman hati selamat sampai malam ini dan diletak di balkoni belakang:

Seronok bila duduk pekena kopi sambil ambil angin di belakang, baik pada
waktu pagi, petang atau malam!
Tidak sangka pula hari ini dapat apa yang diidamkan!

Projek seterusnya, kerusi untuk meja makan (yang dahulu Mak Aji dapat percuma dari kedai perabot di Kg. Melayu Subang). Mak Aji perhatikan juga kerusi makan di tempat yang sama, tetapi harganya memang terlalu tinggi. Maka bermulalah pula pencarian untuk kerusi makan untuk diletak di ruang ini juga. Kalau terjumpa kerusi kopitiam, takkan hendak dicat putih pula ya?? Tak apa, kita tinjau lagi!! 


10 comments:

- dieyana - said...

waaaa...lawanya kerusi tu mak aji!! suka! dieyana suka yang warna itam, ada tak? teringin nk sebiji/dua, tapi dlm rumah tu tk bleh sumbat dah...huuhu, kalau sebiji ok kot...(psstt berapa rm satu set tu?)

Ummu Madihah said...

warna boleh saja hitam atau coklat. kerusi mereka bikin sendiri, boleh tempah. ada yang lebar sikit, ada yang jenis slim sikit, x guna banyak ruang. harga, he he he, syy!

Anonymous said...

Helooo...nak high tea la kat situ! Kiut!
Sepawan

Ummu Madihah said...

Wan, bisa aja!! he he!!

MONIE said...

Wah semua hajat telah dipenuhi...seronak lah nak duk rumah lama-lama, tentu tak mau ke mana lagi dah lepas ni... dah mula membaking... petang-petang boleh bersantai dgn Pak Aji di beranda ni.

Ummu Madihah said...

Betul tu, supaya lebih seronok di rumah, bersantai terus, jangan sampai jadi belon sudah! Membaking, yes, akan terus selepas habis puasa ni, nak jamu anak-anak dan Pak Aji pada hari minggu! Mak Aji baru tahu membaking ni seronok rupanya!

Anonymous said...

boleh tahu bidai hijau di belakang tu beli di mana?

terima kasih

boleh email saya

phdnai@gmail.com

Ummu Madihah said...

Salam Mazza,

Mak Aji sudah jawab e-mel Mazza tentang maklumat tukang buat bidai tu!

Anonymous said...

Salam.. Cantiknya... Mahal x?? Teringin nak mcm tu ;(

Ummu Madihah said...

Salam Anonymous,

Maaf kerana lambat menjawab, ada masalah sikit untuk online. Set itu dibeli dengan harga sekitar RM3000 di Rattan Decor, Kampung Melayu Subang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...