Followers

Sunday, 23 September 2012

Pakai Apa dalam Abaya?

As-salam.

Semasa berborak-borak dengan kawan, Mak Aji bertanya kawan tentang apa yang dipakai di dalam abayanya. "Kaftan," jawabnya pantas! Mak Aji rasa bagi kebanyakan mereka yang memakai abaya, itulah jawapannya. Siapa yang pakai kaftan angkat tangan!!

Tahukah anda selain kaftan kita juga boleh mengenakan kemeja-T (jenis kain kemeja-T sendiri atau jenis kain kapas) dan skirt labuh (untuk abaya yang berbelah di bahagian hadapan) dan seluar panjang jenis bolero atau yang besar agar tidak berbayang tiang jamban! (untuk abaya - atau lebih tepatnya jubah - yang berbelah di sisi) sebagai alternatif. 

Untuk pengetahuan anda yang tidak biasa memakai baju berlapis-lapis, sebenarnya dengan memakai kemeja-T (biasanya Mak Aji kebas baju Pagoda Pak Aji je, he he!) di dalam, kita mencipta 'cuaca' sejuk di dalam abaya sebab kemeja itu boleh menyerap peluh meskipun kita pakai abaya/jubah hitam dalam suasana cuaca kita yang panas ini!! - dalam ada air-con! 

Mak Aji diberitahu bahawa wanita Arab walaupun berabaya hitam tetapi kalau dibuka, nescaya silau mata sebab di dalam, bajunya bling bling dan penuh bergaya!! Takkan kita hendak pakai kaftan sahaja kan? (untuk pengetahuan kaftan pun boleh tahan harganya sekarang weh, kali terakhir Mak Aji ke Terengganu sehelai yang berlengan panjang sudah RM 35 harganya!!).

Apapun, mari kita lihat abaya yang cantik-cantik yang dijual oleh Kak Chik di sini.

Mak Aji pernah ke rumahnya di Pulau Melaka dan cukup berkenan reka bentuk ini tetapi malangnya tiada saiz:

Cantik, kan?
Sumber

Juga suka yang ini terutama di bahagian lengannya: 

Suka lengannya cuma kalau rosnya hitam lagi bagus.
Sumber



6 comments:

Aida Salleh said...

semalam kakak saya baru je cerita pasal hal ni kak. pakai kaftan dalam abaya. saya nak tergelak juga. tak sangka pulak. tapi masuk akal juga sbb kaftan serap peluh kan? tapi kalau bukan abaya tu macam nak tido pulak. hehehehe....

Ummu Madihah said...

Memang majoriti pakai kaftan. Memang serap peluh dan biasanya dah x perlu pakai kain dalam dah, dua dalam satu. Cuma akak biasa ingatkan diri sendiri, kaftan x leh yg warna dah kusam sbb butang abaya kan jaraknya sebatu satu, kadang-kadang kaftan ternampak antara butang. Mcm nak tido takpe janji selesa!

Elham said...

Saya pakai abaya everytime keluar rumah for the past few years tp tak pernah pakai kaftan kat dalam Akak!!
Almost all the times pakai palazzo jer...

Ummu Madihah said...

Was hoping to get a response from u! Juga wondering apa yg Kakchik pakai dlm abaya dia. Org badan kecik boleh lepas dgn palazzo tapi kalau org badan bsr bila pakai palazzo pun jadi macam tights pulak, itu yg kena resort to skirt atau pakai kaftan jer!! tq for the share!

Anonymous said...

Kadang2 belasah kain batik n tshirt juga..kalu setakat nak pi kedai dekat2 umah..sesekali terselak nampak kain batik..buat2 muka derk ja..

Ummu Madihah said...

Wan, I pun biasa buat mcm tu, pakai sarung aja abaya utk tutup apa shj yg kita pakai kat dlm. x payah nak salin2 baju, pakai sarung aja. Mudah, kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...