Followers

Saturday, 22 September 2012

Kerusi Makan (Rotan) di Beranda

As-salam.

Alhamdulillah akhirnya, sampai juga kerusi makan (rotan sintetik) serta meja buffet yang dibeli tempoh hari. Janjinya kerusi sampai dua hari lepas jam dua petang. Rupanya Maghrib malam tadi baru sampai. Rupa-rupanya janji cina pun sudah jadi janji melayu juga!! Mak Aji cukup kurang senang kalau janji tidak ditepati! At least you should have the decency to call and explain!! (Ha, kan dah cakap omputeh, sudah marahlah tu!) Ini tidak, kita menunggu dia telefon, ingat tunggul apa?? Bila kita telefon, tidak dapat dihubungi. Agaknya malas hendak melayan mak cik ni! Geram hinggakan mahu sahaja menelefon untuk memaklumkan bahawa kalau kerusi tidak sampai semalam juga, batalkan sahaja dan Mak Aji akan pergi ambil duit deposit!! Grr!!

Ok, ok. Sudahlah tu, dah sampai pun. Oklah. Sambung cerita. Hendak lihat rupanya, layann!!:

Ini dia. (Gambar sudah digantung).

Another take.

Sebenarnya apabila meja makan terdiri daripada dua meja buffet, rupa-rupanya kerusi di hujung kiri dan kanan tidak boleh ditolak ke bawah meja sebab kaki meja. Tak apalah, hendak dibuat macam mana, kalau itu yang dibeli. Meja makan dan kerusi sudahpun digunakan untuk makan minum rakan-rakan Pak Aji yang datang ke kelas setiap (kecuali satu malam) malam sejak Baba Aziz berada di sini. 

Pada lewat pagi ini pula kelas diadakan lagi - untuk khatam kitab yang mereka baca. Kelas bersurai pada awal petang - alamat terlepaslah kenduri kahwin anak kawan pada hari ini di Sungai Penchala! Mohon maaf banyak-banyak Hadiah kerana tidak dapat hadir! 

Kata Pak Aji kelas malam ini dan seterusnya akan diadakan sahaja di beranda sebab Baba mahukan begitu - lapang sedikit agaknya berbanding di ruang tamu Mak Aji yang agak comel! 



4 comments:

MONIE said...

Mak Aji letak kat beranda baru ke?

Ummu Madihah said...

yes mem, kat beranda.

Sue Abd Aziz said...

Bilalah nak buat rombongan cik kiah ni... teringinya nak makan kek marmar dan duduk kat atas kerusi rotan di beranda ini... mesti nyaman gitu...heheheh

Ummu Madihah said...

he he he! Buat masa ni beranda penuh dengan Pak Aji serta rakan-rakan sepengajian yang menadah kitab dengan Baba Aziz. Tunggu dah 'linang' sikit Mak Aji bagitau ya, nanti rombongan akan dijemput!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...