Followers

Sunday, 2 September 2012

Majlis Kenduri Kahwin Hanif



As-salam.

Malam ini barulah Mak Aji berasa lega sedikit selepas dapat merehatkan diri ekoran majlis kenduri kahwin di pihak kami (menyambut menantu) yang kami adakan semalam di rumah kami sendiri (memang lebih mesra keluarga berbanding di dewan. Namun, penatnya Allah SWT sahaja yang maha mengetahuinya!). 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang, cukup meriah sekali dengan kehadiran kaum keluarga dan rakan taulan yang hadir untuk menyerikan majlis. 

Mak Aji sedaya upaya mencuba agar segala garis panduan yang Pak Aji tentukan dipatuhi! Antara lainnya: asingkan tetamu lelaki dan wanita, kalau nak sanding pun buat sahaja di bilik pengantin, bukan di ruang tamu agar lebih private, ......

Sayang sekali Mak Aji tidak sempat merakam foto tabir yang memisahkan tetamu lelaki dan wanita. Apabila diasingkan lelaki wanita, mereka agak bebas bersembang sesama jantina - cukup seronok berborak terutama sekali apabila masing-masing sudah lama tidak bertemu! 


Dekorasi pada pergola untuk menyambut tetamu.
Meja pengantin.
Pengantin di meja makan.
Foto: ehsan Monie
Katil pengantin.
Katil lagi
Mini pelamin.
Dari dekat - cukup hidup bunga rosnya!
Mak Aji serta Pak Aji dengan Hanif dan Nadia.
Kami sekeluarga.
Kakak dan adik-adik Pak Aji.
Along sekeluarga.

Nadia.
Hanif dengan Nadia memerhatikan dari belakang.
Senyum bahagia insya-Allah!
Lagi.....
Main tarik tudung, he he!!

Semoga Hanif dan Nadia kekal bahagia sepanjang hayat dan semoga dikurniakan oleh Allah SWT anak-anak yang soleh dan solehah!! (how about a grand-daughter for me by next year??). He he he!!

Catatan:
a. Jamuan makan disediakan oleh Aliya Jaya Catering
    Hiasan bilik pengantin dan meja makan oleh Berdua Bridal

b. Kami sekeluarga memohon berbanyak-banyak maaf kerana ada rakan taulan dan saudara mara yang tercicir daripada senarai jemputan. Kenduri kami berskala kecil sahaja dan kami tidak mampu menangani bilangan jemputan yang ramai.



6 comments:

Elham said...

Akak buat sendiri ke semua decoration tu?If so, you really are talented.So sweet, I like!!
Tp gambar yg paling best, gambar Pak Aji yg maintain dgn kain pelikatnya!! hehehe.., thumbs-up to Pak Aji!

MONIE said...

Pak Aji spoting beri laluan untuk pelamin walaupun di dalam bilik tidur. Tahniah Pak/Mak Aji dapat menantu

- dieyana - said...

cantik dekorasi kat bilik dan area makan. berkali2 saya dan suami dalam kereta bercerita tentang kesederhanaan mak aji dan pak aji terutamanya, termasuk pengasingan tetamu perempuan dan lelaki. kelass pak aji dan mak aji. apa pun, berbaloi2 dtg ke sg sungai buloh...mkn sedap! tq mak aji!

Ummu Madihah said...

Nor, bukan akak yg buat deco bilik d meja makan, my sister, dia ada bridal company(part-time, dia guru full-time). Pak Aji memang maintain kain pelikat, walau kat mana d pada bila2 masa, he he!!

Monie, bila lori bawa barang hiasan bilik d meja makan, Pak Aji terlopong (nak buat benda dgn brg byk2 ni, agaknya). Bila semua siap, dia diam x kata apa (sukalah tu!). Terima kasih.

Dieyana, terima kasih banyak kerana memenuhi jemputan. Alhamdulillah kerana puas hati makan!! Sama-sama!

Sue Abd Aziz said...

Cantiknya pelamin dan hiasan katil tu... merah + putih... teringin pulak nak bersanding sekali lagi! hahahahh...

Ummu Madihah said...

Sue, rupa-rupanya pelamin ni menggamit ramai pengantin lama agar mahu naik pelamin lagi, he he!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...