Followers

Monday, 3 September 2012

Bulan Madu di Ri-yaz Heritage

As-salam.

Letih Mak Aji belum hilang kesemuanya, jadi usai solat Subuh, Mak Aji sambung peluk bantal. Tidak lama selepas itu, Hanif kejutkan Mak Aji untuk menghantarnya dan Nadia ke LCCT. Destinasi bukan madu mereka, Pulau Duyung, iaitu di sebuah tempat spa dan peranginan yang baru dibuka, Ri-yaz Heritage Spa and Resort.

Mak Aji dapat tawaran penginapan 3 hari 2 malam di beberapa tempat peranginan dan apabila mengingatkan Hanif akan kahwin (ketika itu), Mak Aji hadiahkan pakej tersebut kepada mereka supaya pilih yang mana satu. Mereka memilih ke Terengganu sebab Nadia belum pernah ke sana. Biarlah Mak Aji beri peluang kepada mereka untuk bersendirian sebelum mereka memulakan hidup baru di dunia nyata (sekarang agaknya masih di awang-awangan!). 

Mak Aji harap Hanif dan Nadia cukup bersedia memikul tanggungjawab masing-masing dan berjaya mengharung pelbagai dugaan dan cabaran yang mendatang, insya-Allah. Mendirikan rumahtangga jauh lebih mudah daripada usaha mengekalkannya! Forget all worries, and enjoy your intimate time together, for both of you will remember this for the rest of your lives!!

Salah satu bilik penginapan di Ri-Yaz.



4 comments:

- dieyana - said...

sesi bulan madu pula ... beri peluang utk pengantin baru. moga kekal bahagia hendak-Nya. insya-Allah

Ummu Madihah said...

Itulah dia, kalau Mak Aji dulu mana ada bulan madu bagai, biarlah mereka merasa walau sekali dalam hidup, untuk kenangan mereka sepanjang hayat! Amin!!

Anonymous said...

Wah!very sporting mom n MIL..I likee..
Sepawan

Ummu Madihah said...

Insya-Allah, x nak jadi mak mertua Kassim Ahmad dalam Mak Mertuaku!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...