Followers

Saturday, 22 September 2012

Kek Marmar

As-salam.

Malam ini ada kelas lagi di rumah, kali ini di balkoni pula yang lebih lapang - kehendak Baba Aziz. Mak Aji sudah agak ketandusan idea untuk minum malam selepas mereka habis kelas, lalu membuat keputusan untuk mencuba kek marmar (Sheila Mambo) yang diambil dari resepi Dari Dapur Kecah, yang asalnya diambil daripada blog Cik Mat Gebu. 

Harap menjadi keknya selepas ketuhar masuk dok kerana motor (yang memutarkan pinggan seramiknya rosak dan terpaksa diganti baru). Resepi asalnya boleh dilihat di sini.

Mak Aji cuma buat dua kali ganda adunannya daripada yang terdapat pada resepi asal dan Mak Aji juga mengikut saranan Dari Dapur Kecah agar dikurangkan gula ke 100 gm sahaja. Lihat hasilnya:

Kek marmar yang tidak berapa marmar!
Separuh untuk hidangan tetamu dan separuh lagi tuan
rumah punya!
Kek ok menjadi bukti ketuhar memang sudah ok!

Resepi ini menghasilkan kek yang memang sesuai kemanisannya dengan Mak Aji, kurang manis dan keknya gebu serta sedap sekali! Lain kali kena buat seperti yang disarankan - kena putar-putar sedikit adunan dengan lidi (atau yang sebagainya) dahulu sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar agar coraknya lebih cantik.



2 comments:

Anonymous said...

Kek U ni makan gambar macam Monie kata..warna dia menarik dalam gambar. Nampak berkilat. Best dapat rasa.

Ummu Madihah said...

Alhamdulillah kamera setakat ni memuaskan hati, hasil gambarnya ok. Boy pun suka, rasa dia ekstra sedap sebab masukkan susu agaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...