Followers

Sunday, 23 September 2012

Kek Ikan Masin

As-salam.

Mak Aji balik dari outing dengan kawan dan terus ke dapur. Mak Aji tinjau sama ada kek marmar yang dibuat malam tadi masih ada atau sudah habis. Ini kek yang Mak Aji lihat - kek ikan masin!! Baru dua tiga jam Mak Aji tinggalkan rumah, ini kerja Pak Aji rupa-rupanya - diletaknya ikan masin (lebih makan tengah hari tadi agaknya) ke dalam dulang kek Mak Aji!! Hai, inilah kerja orang lelaki!! Pak Aji, Pak Aji!

Kek ikan masin!

Kalau sebulan Mak Aji tiada di rumah, mahu diletaknya baju dalam peti ais agaknya, he he!!



6 comments:

Aida Salleh said...

masa baca tajuk entri akak saya ingat betul2 akak buat kek ikan masin rupanya...hehehehheeee....kelakarlah pak aji akak ni...

Ummu Madihah said...

Saja buat gempak, he he! Menjadi ya! Itulah perangai lelaki, kalau buat air 3 in 1, dikoyaknya sachet, diletaknya di kaunter kabinet sahaja walaupun tempat sampah jaraknya sejengkal sahaja!! Sebab dia tahu ada bibik yg tukang kemas!

Aida Salleh said...

hehehee...sabar kak sabar...adik2 lelaki saya kat umah pun mcm tu jugak gayanya...nasib baik abah tak macam tu...

Ummu Madihah said...

Ya Da, sabarlah ni! Tulah di sebalik seorang lelaki yg hebat ada seorang wanita yg lebih hebatnya, he he (sekurang-kurangnya hebat sabarnya!!).

Anonymous said...

I perasan juga hari tu..ingat nak tegur,bukan sebab letak kat situ tapi nak cakap kesian kat pak aji Mah ,makan ikan masin ja sedangkan kita pekena nasi beriani kambing..

Ummu Madihah said...

I x risau sangat pasal lunch dia sebab mrk dah pekena brunch yang agak berat. Kita dah dekat nak blk br dia pekena nasi agaknya. Memang ada lauk lain, chicken claypot, ditemankan dgn ikan masinlah tu! No worries!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...