Followers

Sunday, 1 April 2012

JPO - Johor Premium Outlet

Hampir semua misi semasa berhari minggu di JB tercapai. Ini termasuklah ke JPO yang sering disebut-sebut orang sebagai tempat membeli-belah yang baharu di Johor. Semasa dalam perjalanan ke JB, kami sudah perasan tempatnya yang kelihatan dari lebuh raya Plus, di sebelah kiri. Walau bagaimanapun kami langsung tidak perasan akan jalan masuk ke situ dari lebuh raya??!! Rupa-rupanya dari JB pun tiada langsung tanda arah ke situ. Nasib baiklah kami ke sana Along yang membawa kami, itupun dia tersilap jalan hingga kami terpaksa membuat pusingan 'U' sebelum sampai ke situ. Kepada pihak yang berkenaan, apalah salahnya kalau dilengkapkan papan tanda dari KL dan juga dari JB agar memudahkan mereka yang belum pernah sampai agar lebih mudah ke sana??!! Kalau tidak, alamat kenyanglah makan buah langsat! (sesat).

Berikut rakaman foto sekitar kunjungan kami ke sana:

Ini rupanya JPO ya!! Bersemangat nampaknya Hanif!!
Nadya dan Along sempat beraksi untuk kenangan.
Along di hadapan kedai jam - Hanif dan Nadya di dalam sibuk memilih jam.
Kedai Charles and Keith
Kedai Akemi - satu-satunya yang menjual barangan rumah (household)
Kita makan dahulu! - kami melayan tekak sebelum bertolak balik ke KL.
Berikut sedikit maklumat tentang JPO: Setiap hari diskaun antara 25-65% diberikan kepada pelanggan yang berkunjung. Terdapat sekitar 80 kedai premium di situ yang dibina di kawasan yang lanskapnya agak unik dan menarik (outdoor setting). Kemudahan medan makan, ATM serta surau disediakan. Begitu juga sewaan untuk kereta sorong untuk anak-anak dan juga kerusi roda.

Daripada banyak-banyak kedai yang ada, kami cuma sempat ke Coach, dua buah kedai minyak wangi dan alat solek, Body Shop, City Chain, Akemi, Charles and Keith, Burberry, DKNY, Clarks, Braun Buffel dan Fossil. 

Pada Mak Aji, JPO agak sedikit kurang daripada apa yang disangkakan. Tidak banyak yang kami dapat beli sebab mungkin kami agak kurang bernasib baik - pilihan tidaklah sebanyak yang dijangkakan. Yang kami harap dapat dibeli di sana tidak kami beli sebab harganya agak mahal (yang berkenan terlalu mahal, yang harga agak OK tidak berkenan pula!). Tidak apalah, kami tunggu sahaja jualan mega nanti, katanya April! 

Selamat tinggal JPO, ada peluang kami datang lagi! Harap-harap pada ketika itu, sudah ada papan tanda yang mencukupi ya!!

Oh ya, kalau ke JPO jangan asyik membeli-belah sehingga terlupa solat pula ya! Untuk makluman muslimin dan muslimat sila rujuk maklumat berikut untuk mendapatkan arah ke surau di JPO:

http://saudagaralamlain.blogspot.com/2014/06/direktori-surau-johor-premium-outlets.html 


3 comments:

AsiahRSC said...

Shimah, how's the price at bruberry?

Ummu Madihah said...

Harga kat Burbery agak mahal jugak. Beg tangan yang agak kecil saiznya pun sekitar RM2,000 juga! Apapun i x pernah masuk butiknya kat KL jadi xleh nak agak! Kalau kat Coach, beg tangan yang cantik dan yang berkenan ada diskaun 30%, harga dalam RM800 lebih, kira OKlah! Tapi bila fikir nak pencen x jadilah, pakai yang mana yang dah ada saja!

Unknown said...

Salam Ummu, nice blog u havew here. Would u be so kind to share the guide I made for our fellow muslims to locate the prayer room. Thanks in advance
http://saudagaralamlain.blogspot.com/2014/06/direktori-surau-johor-premium-outlets.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...