As-salam.
Setelah membeli acuan roti bertutup tempoh hari, hati Mak Aji asyik mendesak diri ini untuk menghasilkan loaf menggunakannya. Malam tadi Mak Aji menyediakan doh lalu menyimpannya di dalam peti ais. Pagi ini setelah Subuh Mak Aji mengulinya lagi serta mencuba untuk menghasilkan marble loaf seperti yang diajar oleh seorang ahli Kelab Roti, Azimah Chebo, seperti dalam foto berikut:
|
Cara menghasilkan marble loaf. |
|
Ini tocang versi Mak Aji - tentunya tak secantik Cik Mah (Azimah Chebo)
punya yang memang pro! |
|
Berehatlah kamu di situ! |
|
Setelah sejam dohnya naik lebih 2 kali ganda. Naiklah lagi hingga ke atas ya!! |
|
Siap masak! |
|
Inilah dia hasil akhir marble loaf Mak Aji - comey, kan!! |
Kebetulan Pak Aji puasa hari ini. Setelah melihat roti ini, ditanyanya - "apa rasanya, manis ke??" Mak Aji jawab, "tawar je, roti kosong, cuma bercorak je!" Rupanya yang cantik manis seolah-olah membayangkan rasanya yang juga manis, he he!!
Hajat Mak Aji sebenarnya agar roti naik sampai ke bumbung acuan lantas membentuk roti berbentuk empat segi. Namun begitu, dek kerana roti tidak mahu naik sampai ke tahap itu, makanya sekadar inilah yang diperoleh! Apapun alhamdulillah dari segi rupa oklah! Mak Aji menggunakan resepi roti benggali Wan Raudzah manakala cara menghasilkan
marble loaf ihsan Azimah Chebo di FB!
6 comments:
comelnyaaaaaa.....nak sikitttttt....tapi sayang nak makan..hehehehee
Salam Da,
Belum cukup comellah. Kena banyak practise baru boleh jadi cantik dan halus jalur2nya! Rasa tawar je, rupa je lebih!
Cantiknyaaaa mak aji... pastu nampak sedap...
Salam CAHAYA HIDUPKU,
He he, nampak sedap tetapi sebenarnya manis2 buah je, jangan tidak! Nampak sweet kaler dia, kan! Rasa biasa je, rupa lawa!
hai dah berwarna-warni - sejak Mak Aji hobby meroti ni buat saya teringin pula
Salam Monie,
Jom kita sama-sama meroti Monie!
Post a Comment