Followers

Wednesday, 3 December 2014

Mainan yang Tiada Habisnya!

As-salam.

Semalam Mak Aji menghantar pulang kakak sulung, Cik Ning serta suami dan adik Mak Aji ke Subang untuk kembali ke kampung. Kami berkumpul untuk meraikan majlis kahwin anak sepupu di Gombak pada hari Sabtu lepas.

Cik Ning juga ahli Kelab Roti (KR) dan oleh sebab itu kami berkongsi minat yang sama. Peluang berada di sini dimanfaatkan juga untuk ke Golden Republic di Bukit Jelutong untuk membeli Convibake - bahan adunan roti. Chef Li (yang dengannya Mak Aji belajar membuat roti tempoh hari) juga menghadiahi kami dua ketul roti loaf - jazakallah khair Chef!  

Selepas  itu kami ke Bagus cawangan Shah Alam untuk membeli barangan untuk meroti dan membaking (marah orang DBP ni - tumpang lalu ya!). Mak Aji juga meninjau juga barang yang dikirim kawan-kawan (penimbang digital serta fondant mat, jika ada). Fondant matnya habis stok manakala penimbang digital terjual dengan harga potong leher! Lihatkan!:

Mak Aji beli dengan harga RM34.00 sahaja!
 (harga sebenar RM36.90).

Cik Ning ada membeli  ramekin sebanyak 10 biji yang harganya agak murah (saiznya sama dengan yang Mak Aji punya - untuk buat creme brule serta kastad, katanya). Kami seterusnya ke Bukit Rahman Putera, ke kedai bakeri yang biasa Mak Aji kunjungi dan di situ Mak Aji belikan penimbang digital dengan harga RM 36.90 - sudah habis salenya. Mak Aji juga belikan fondant mat yang warnanya pink - manis pinknya (Mak Aji beli lagi satu, he he!). Satu lagi yang kami beli, acuan roti berbentul 4 segi panjang - untuk menghasilkan roti empat segi - ada penutupnya! Cik Ning mahu membikin roti titab! - terkenal di Kelantan - Mak Aji pun belum pernah cuba! Lihatkan:

Pandangan dari sisi.
Pandangan dari sisi lain. Harganya RM17.00.

Acuan roti ini bahagian penutup atasnya jenis gelongsor (sliding). Mak Aji sudah mendapat panduan daripada seorang ahli KR juga tentang banyak mana doh yang diperlukan untuk saiz tertentu acuan jenis ini (kena buat kiraan matematiklah pulak!). Cik Ning pun seronok apabila penuh begnya dia memborong!




10 comments:

Honey said...

Salam Mak Aji,

Saya juga cari bekas roti empat segi Jepun tu.. warghhhhh nangis ni saya tengok! :( Bukit Jelutung? Boleh lah nanti jika saya ke rumah kakak, boleh ajak dia ke situ hehehe

zonaku said...

wahhhh..... seronoknya..

Ummu Madihah said...

Salam Honey,

Bekas roti Jepun eh, namanya. Mak Aji baru tahu! Yang ni Mak Aji dapat di LMC Bakery di Bukit Rahman Putra, dekat Sungai Buloh. Pergi Bagus kat Seksyen 13 Shah Alam stok habis. Kat Jelutong tu premisnya Golden Republic, pengeluar bahan GR Superbake serta Convimix dan Convibake, takde bakery supplies. Honey boleh tanya Waze je kat mana LMC Bakery tu!

Ummu Madihah said...

Salam Zonaku,

He he, mainan orang dewasa ni, buat main2 kat dapur. Memang seronok!!

nurbijen said...

Boleh tahan mahal harga penimbang digital tu... Nampaknya kena beli satu dari sini sebagai kenangan.. Balik M'sia terbeliak juga biji mata tgk harga mcm tu... hehehe

Tolong beli utk orang dalam masa yg sama rembat juga utk diri sendiri... sama perangai mcm saya.... hahaha

Ummu Madihah said...

Salam Nur,

Itupun rege penimbang yang paling murah dah tu, China mari! Yang branded toksah citerlah rege lagi mahal. Elok rege kat sana, better beli je kat sana terus!

Itulah, kita ni kan sibuk tolong beli kat orang, sendiri takde (kadang dah ada pun juga), itu yang rembat juga untuk diri sendiri, he he. Kena sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain!!

Unknown said...

As salam Mak Aji...

Mahalnya harganya penimbang tu Mak Aji. saya beli baru RM15.00 sahaja... jenis penimbang yang sama.

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam Fatin,

Astaghfirullahal adzhim! RM15 harga yg Fatin dapat??? Ingatkan yang Mak Aji dapat tu dah ok harganya rupa2 juga harga cekik darah! Nak buat macam mana, dah rezeki tuan bakerilah nampaknya! Fatin beli kat mana??

Unknown said...

As salam...fatin beli di kedai biasa jer Mak Aji... bukan kedai bakery pun... kedai jual peralatan dapur.. dulu fatin pun sama beli mahal...sekarang dah tahu senang jer pergi beli dekat kedai yang sama...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...