Followers

Tuesday, 30 December 2014

My Marble/Rainbow Loaf Adventures

Mak Aji cukup teruja melihatkan marble loaf yang dihasilkan oleh ahli-ahli Kelab Roti (KR) - cukup menarik dengan warna-warninya. Di hati teringin juga Mak Aji menghasilkan yang sama! Dengan keinginan itu maka bermulalah adventure Mak Aji dengan marble loaf ini!

Berikut foto rainbow loaf terkini yang dihasilkan dan Mak Aji cukup berpuas hati dengannya!:

Apa macam? Ada jadi??

Jangan teruja sangat dengan roti yang Mak Aji tunjuk tadi sebab sebelum berjaya menghasilkan roti di atas, Mak Aji pernah kurang berjaya semasa bereksperimen sebelum itu. Berikut percubaan pertama yang agak kurang menjadi:


Marble loaf yang kurang marvellous!

Mak Aji buat secara agak-agak sahaja - nasib baik jadi, nasib kurang baik, maka kurang menjadilah dia! Kisah lanjut tentang pertama percubaan ini DI SINI.

Untuk percubaan kali kedua Mak Aji buat yang lagi ringkas, tiada lagi macam mahu buat tocang bagai - main gulung sahaja. Mak Aji saksikan cara membikin marble loaf dan yang seumpama dengannya (rainbow loaf) di Youtube seperti di bawah (kedua-dua pautan ini Mak Aji peroleh daripada KR):



Maka berbekalkan tutorial daripada Youtube serta resepi yang Mak Aji biasa gunakan untuk menghasilkan roti sandwic (DI SINI  - rujuk terjemahan resepi ini di ruang paling bawah!!), maka terhasillah rainbow loaf di atas.

Berikut beberapa foto semasa membikin rainbow loaf itu - foto kurang lengkap sebab Mak Aji buat kerja sendiri tanpa bantuan sesiapa - susah untuk rakamkan fotonya apabila tangan berlumuran tepung!:

Rainbow loaf sedang proofing.
Apabila doh sudah naik sampai agak-agak mahu sampai ke paras bibir atas acuan, Mak Aji tutup acuan dengan penutupnya. Sesudah ditutup, doh masih naik lagi hinggakan seolah-olah keluar lidahnya mengejek Mak Aji, he he! Ok, Mak Aji faham - doh terlalu banyak untuk acuan ini. Lain kali kena kurangkan doh atau kalau menggunakan resepi ini, Mak Aji kena beli acuan yang saiznya lebih besar! Lesson learnt! Percubaan kali pertama satu resepi, dohnya terkurang (memang ubah suai resepi dengan membuat pengiraan bagai nak rak, doh terkurang sampaikan penutupnya Mak Aji tidak gunakan). Percubaan kali kedua dengan resepi yang lain, doh terlebih pulak, haisyy!

Jelir lidah ya! Mak Aji potong sahaja lidah itu!

Apapun, setelah roti siap dibakar, ini yang dikeluarkan dari ketuhar:

Dari luar semacam corak marble jugalah.
Potongan pertama roti kurang menyerlahkan corak gulungnya.
Masya-Allah, semakin dipotong semakin menyerlah serinya!

Alhamdulillah percubaan kali kedua membuahkan hasil yang memuaskan hati - cuma Mak Aji kena buat fine-tuning agar tidak diejek lagi oleh roti (insiden jelir lidah itulah!) 

Begitulah adventure Mak Aji dengan marble/rainbow loaf ini. Moga ada lagi adventures yang lebih menarik pada masa hadapan, insya-Allah! 

Catatan: Untuk manfaat mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris, Mak Aji perturunkan resepi sandwich loaf Dorina seperti yang berikut:


Panaskan ketuhar ke suhu 180Âșc 

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung serba guna * 
1 cawan air suam 
1/4 cawan minyak zaitun (tambah 1/2 sudu teh lagi minyak zaitun) * 
1/4 cawan yogurt (boleh digantikan dengan 1/4 cawan mayonis) * 
2 sudu besar gula  
2 sudu besar yis 
1 biji telur * 
1 sudu teh garam * 


Cara-caranya:

Hancurkan gula di dalam air suam dan masukkan yis ke dalam campuran air gula itu. Kacau sebati dan tutupkan  serta biarkan selama 10 minit atau sehingga keluar buih. Campurkan semua bahan-bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk adunan yang besar. Tuang bancuhan yis ke dalam mangkuk besar dan kacau dengan senduk kayu sehinggalah terbentuknya doh. Kemudian mulalah menguli di atas permukaan yang ditabur sedikit tepung. Ulilah sehingga doh licin dan tidak melekat pada tangan.  Masukkan doh ke dalam mangkuk tadi dan tutupkan mangkuk dengan plastic wrap atau tuala lembab sehinggalah doh menjadi saiz dua kali ganda. Tumbuk doh dan letakkan doh ke permukaan menguli tadi. Sambung kerja menguli selama 3-5 minit. Letakkan doh ke dalam acuan roti dan biarkan doh kembang sehingga dua kali ganda saiznya. Pastikan doh bertutup lagi. Bakar selama antara 40-60 minit atau sehingga berwarna keemasan. 


Resepi di atas adalah untuk menghasilkan sandwic loaf. jadi Mak Aji teruskan proses dengan membahagikan doh kepada 4 bahagian untuk diletakkan 4 warna seperti di dalam foto paling atas. Selepas itu, Mak Aji buat seperti yang dibuat dalam video di Youtube (video ke-2). Selepas itu Mak Aji gulungkan sahaja sebelum diletakkan ke dalam acuan roti bertutup: Siap untuk dibakar!

Mak Aji harap entri ini mampu memberi manfaat!




1 comment:

Anonymous said...

8k Video Games for Sale - CUT Video - Video Dodl
Buy 8k youtube mp4 Video Games for sale - CUT Video Games Online at Video Dodl. Save on a huge selection of Video Games & Arcade Video Games.CUT Video Games: 10Total Video Games: 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...