As-salam.
Beberapa hari lepas kakak Mak Aji serta keluarga menyinggah di rumah Mak Aji dalam perjalanan ke Kota Bharu. Mereka baru balik dari menaiki kapal pesiaran ke Phuket serta Krabi (naiknya di Pulau Pinang - syoknya!). Dari Pulau Pinang mereka berkereta ke KL setelah menyinggah juga ke rumah adik Mak Aji di Taiping. Perjalanan ke KB terpaksa ditangguhkan kerana banjir dan jalan darat terputus. Apabila sudah ada ramai-ramai berkumpul, apalagi, merotilah lagi!! Kali ini roti khas untuk mangsa banjir yang terkandas di rumah Mak Aji! Berikut yang dihasilkan:
|
Rupa macam keropok lekor pun ada, kan!! |
|
Rose petal dulang kedua. |
|
Selepas proofing, rose petal makin kembang, cuma kurang kembang,
kurang comey! |
|
Dulang kedua - cuba lihat bahagian tengahnya tu! |
|
Ini pula roti berinti bluberi dan juga keju. Ralit pula Mak Aji menganyam! |
|
Yang macam dugong tu berintikan chocolate chips manakala selebihnya
berinti keju. |
|
Piza mini. |
|
Sebelum bakar nampak OK tetapi selepas bakar nampak KO sebab bawang
jadi lebam! Lesson learnt: Kalau nak bubuh bawang, pastikan bawang Holland!
|
Hasilnya:
|
Rose petal yang tidak kembang secukupnya - underproofing ke?? Kalau tunggu lama sangat takut overproofing pulak! |
|
Dulang kedua juga menerima nasib yang sama! |
|
Kan dah cakap, lebam, kan! Pastikan guna bawang Holland ya! |
Kembang tak kembang, lebam tak lebam, namun roti Mak Aji tetap laris terjual (kepada ahli keluarga sahajalah), alhamdulillah! Roti sudah habis pun masih ada yang bertanya lagi tentang roti - "ada lagi ke??"
6 comments:
wah mini pizza nampak mnyelerakan..
nnt umah mak dah ade letrik, bolehlah meroti..
Salam Imm,
Rumah mak Imm terkesan banjir juga ke? Teruk ke? Mak Aji melihat dari jauh pun terkesan di hati akan sejauh mana peritnya menghadapi musibah ini! Harap keluarga Imm tabah menghadapi ujian ini dan boleh cepat pulih seperti sediakala.
Amboi...meroti saja kakakku sorang ni sekarang. NI macam kene buat kunjungan hormat ke rumah je nampaknya. tak puas hati ni asik tgk gambar je...nak kena rsa ni. hehehehee....
Sedapnya Mak Aji... cantik roti2 Mak Aji... boleh buka kelas ajar kami pula nie....
Salam Aida,
He he, nak rasa kena beri notis dulu ya! Kena siapkan dohnya dulu biar elok gebus gebasnya!
Salam Fatin,
He he, Mak Aji pun masih dok menerai lagi ni, bukan pandai sangat pun lagi. Nantilah bulan 12 entah tahun bila boleh buka kelas!!
Post a Comment