Followers

Monday, 20 May 2013

Menang Sejuta Ringgit!

As-salam.

Pada beberapa hari lepas Mak Aji ada berborak dengan kakak Mak Aji, Cik Ning. Antara lain dia menceritakan kisah suami kawannya yang memenangi baucar bernilai RM1 juta!! Mak Aji memang kenal kawan Cik Ning itu yang sekeluarga tinggal di Terengganu. Begini kisahnya.

Suami A (kawan Cik Ning), telah berbelanja sebanyak RM600 di lapangan terbang KLIA (sering berulang-alik ke KL atas urusan tugas) dan dia layak untuk masuk ke peraduan/kempen  "Indulge Till You Fly" yang dianjurkan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd, MAHB. Mengikut syarat peraduan/kempen ini penyertaan terbuka kepada mereka yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250.00 di mana-mana kedai di lima buah lapangan terbang yang dikendalikan oleh MAHB iaitu KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pinang Pinang International Airport, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching International Airport dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Selain RM1 juta, pemenang hadiah utama juga memenangi penginapan dua hari di hotel lima bintang, serta tiket penerbangan kelas perniagaan dari ke dan ke destinasinya yang disumbangkan oleh Mastercard International. 

Mengikut cerita Cik Ning lagi, kawannya juga perlu menghabiskan wang sejuta itu dalam tempoh dua hari di kedai-kedai di MAHB!!  Nasib baiklah ada Habib Jewel di KLIA! Memang itulah yang diborong selain minyak wangi, tas tangan serta kosmetik dan hadiah-hadiah lain untuk lima orang anak mereka!

Ini sebahagian senarai pemenang peraduan/kempen. Nama suami kawan Cik Ning yang teratas!
Mak Aji kurang pasti sama ada peraduan/kempen ini masih berjalan atau sudah tamat. Siapa yang tidak mahu menyertainya ya, kalau begitu besar haduahnya!!??


6 comments:

Kamsiah yusoff said...

alahai...tuah ayam nampak dikaki..tuah manusia siapa yg tahu...dah rezeki yg tertulis untuk beliau..:)

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Raya sakanlah kawan tu dengan barang kemas Jabib Jewels ya!

Aida Salleh said...

wahhhhhh bestnya kak...untung betul kawan tu...

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Memang bertuah orang tu!! Kalaulah kita yg dapat ya Da, mesti seronok nak pengsan!!

QA's ~ mamapapa said...

menariknya mak aji..bertauhla yg menang :))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Kita tumpang seronok ajelah ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...