Followers

Thursday, 23 May 2013

Tinjau Perabot Lagi

As-salam.

Pagi ini Mak Aji melayan diri ke SSF di Sri Damansara (di sebelah kiri menghala ke Sungai Buloh. Di kanan jalan menghala ke Sungai Buloh juga ada tetapi perabot banyak di sebelah kiri) dengan hajat meninjau cermin untuk ditempatkan di suatu dinding di rumah. Banyak pilihan cermin kristal terdapat di situ dengan harga yang berpatutan. Selain cermin ada juga ditinjau kabinet untuk dipadankan dengan cermin tersebut. Jom kita lihat apa yang ditawarkan di sana ya!

Paling suka yang ini!
Ada dua pilihan warna, putih dan hitam.
Mak Aji suka meja sisi bertema Inggeris dengan motif bunga rosnya.
The perfect setting for  a romantic dinner for two!!
Cermin dan kabinet kristal.
Juga kabiner serta cermin kristal dengan latar belakang hitam.
Bercorak kontemporari.
Juga moden kontemporari.
Kebanyakan cermin bermotif klasik.
Meja sisi ini juga tidak kurang cantiknya.
Meja buffet yang menarik!
Cermin yang sesuai untuk dinding yang memanjang, juga gaya klasik.
Menarik gaya hiasan meja sisi yang bulat ini.
Cermin klasik ini juga dalam warna putih dan hitam.
Kabinet bereka bentuk sederhana sesuai dipadankan dengan cermin
yang coraknya agak sarat agar ada kontras.
Cantik suai padan gaya Inggeris ini!
Akhirnya di akhir kunjungan Mak Aji memutuskan untuk membawa pulang yang berikut:

Ini dia hasil carian pada pagi tadi!

Sambil menjamu mata di SSF terdapat pula peraduan yang dianjurkan olehnya. Sesiapa yang berkongsi gambar seperti dibawah di FB masing-masing dan mendapat paling banyak like akan menerima hadiah, jadi Mak Aji apa lagi, terus menyertainya!!

Memang Mak Aji suka pun SSF!!

Catatan: Harga yang terpapar itu hanyalah untuk ahli SSF sahaja, jadi kalau anda belum lagi ahli, eloklah anda berdaftar dengan mereka untuk menikmati potongan harga!



6 comments:

Kamsiah yusoff said...

mak aji..kalau boleh nak borong semuanya sbb tak tau nak pilih,semua cantik2 hehe

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Memang seronok jamu mata kat sini. Mak Aji lebih suka di sini berbanding di KK Decomart atau Romantika sebab reka bentuknya dan pilihan jauh lebih banyak. Memang rambang mata dibuatnya! Yang ditengok semuanya tapi yg dibawa balik sikit je, sebab kocek tak dalam! Cuba kalau menang sejuta, memang boleh borong semuanya!

Anonymous said...

salam Mah,ni baru terapi jiwa paling mujarab..kalau tak ambik nanti tidur pun tak lena. Bila2 senang nak juga menyinggah kat bamboo river cottage tu..nak ajak Monie sekali..boleh?

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

He he, betul tu! Terapi perlu dibuat sekali- sekala kalau x jiwa jadi sakit! Bamboo river cottage?? Dapat nama baru pulak, he he!! Boleh aja Wan, rumah sentiasa terbuka untuk u dan Monie, bilang aja kapan mau ke mari!!

QA's ~ mamapapa said...

cantik2nya mak aji..tp mesti mahalakn:((

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Bolehlah tahan harganya. Time tinjau semua tengok, time beli kena seluk kocek dulu, sesuaikan apa yg ada dalam kocek dengan yang nak dibawa balik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...