Followers

Tuesday, 28 May 2013

Kenduri Kahwin Anak Buah Pak Aji

As-salam.

Pada akhir minggu lepas saudara sebelah Pak Aji yang juga jiran kami mengahwinkan anak perempuan mereka. Akad nikahnya pada hari Jumaat malamnya dan kendurinya pada hari Sabtu. Kenduri sebelah lelaki pula diadakan pada hari Ahad di Kampung Bukit Gajah, Simpang Pelangai, Bentong, Pahang. Itulah kali pertama kami sampai ke daerah tersebut. Usai sahaja kelas kami pada jam 11.00 pagi, Pak Aji terus memecut ke Bentong untuk berkumpul bersama-sama rombongan pengantin perempuan yang bertolak ke sana jauh lebih awal lagi. Apa lagi, kereta dipecut bagai nak rak sehinggakan hendak termuntah penumpang di sisi pemandu! Sesampai sahaja ke sana terasa bagaikan mabuk laut! Dek kerana itulah tiada langsung foto di Bentong.

Layanlan beberapa foto yang sempat dirakam:

Nor Fatimah dan pasangannya selepas akad nikah.
Bersalaman setelah selamat bergelar suami isteri.
Pada hari kenduri kahwin di pihak perempuan.
Semoga Nor Fatimah dan suami berbahagia hendaknya hingga ke ahir hayat!


Pada hari Sabtu itu juga kami hadir satu lagi majlis kenduri kahwin - cucu kepada besan Mak Aji/anak buah suami Along di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam. Mak Aji suka hiasan pelaminnya yang agak simple tetapi cantik dan menarik sekali:
Agak ringkas pelaminnya tetapi cantik.

Semoga Diana dan pasangan juga berbahagia hidup suami isteri hinggalah ke akhir hayat.



2 comments:

QA's ~ mamapapa said...

sama cantik sama padan pengantinnya..moga tersu berbahgia :))

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Mudah-mudahan. Pengantin lelakinya al-hafiz, bertuah Nor Fatimah mendapat suami yang demikian sebagai pemimpin keluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...