Followers

Tuesday 28 May 2013

Ginormous Jam

As-salam.

Sekembali kami dari Bentong pada hari Ahad, kami disambut oleh kesesakan jalan raya yang melampau bermula dari tol Gombak sehinggalah ke Sungai Buloh - berapa km tu!! Nasib baiklah bukan Mak Aji yang memandu, kalau tidak pengsanlah agaknya! Kalau penumpang pun penat, apalagilah pemandunya - kasihan Pak Aji!!

Sambil melayan kesesakan sempat pula Mak Aji terpandang pelangi yang masya-Allah begitu cantik sekali:

Cantik, bukan!
Semakin jelas pelangi ini.
Rupa bangunan seperti robot di Kepong!
Telefon bimbit Mak Aji asyik berbunyi dengan aduan para wazer lain yang tertanya-tanya tentang mengapa berlaku kesesakan tersebut! Ada laporan yang berlakunya kemalangan kecil, kemalangan besar dan sebagainya. Akhirnya puncanya terjawab - van rosak dan ketika Mak Aji lalu van tersebut sudah pun ditolak ke tepi. Pemandunya berdiri-diri di sisi van, memerhati kesesakan yang disebabkan oleh vannya!! Pengguna lain semacam berasap sahaja kepalanya, termasuklah kami!

Catatan: Usah dicari ginormous di kamus ya, memang tiada, sebabnya perkataan itu Mak Aji pernah dengar dan gunakan di sini - gabungan gigantic dan enormous, jadilah dia ginormous!!



6 comments:

Kamsiah yusoff said...

bkn senang nak rakam gambar pelagi,kan..sbb ianya muncul kejap ja...

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Sayang sebab foto pun x cantik mana - dok dalam kereta je, x boleh keluar sebab jam yang amat!!

Aida Salleh said...

Cantiknya pelangi tu kak....ingat dulu masa kecik2 org tua2 pesan jangan tunjuk dengan jari nanti kudong...huhuhuuu...

QA's ~ mamapapa said...

lorhhh...itu ke sebabnya mak aji...grrrr..tp sy mmg nmpakla..dhla mmg heavy traffic on that daykan..ada2 aje :(

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Kudung jari ya, he he! Akak tahu versi omputeh yg mengatakan bahawa kalau kita pergi hingga ke salah satu hujung pelangi tu ada a pot of gold - terbeliak mata kita dibuatnya! Masa tu budak2lah!

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Itulah dia, van plat Kelantan (bikin malu orang kampung nih!) dok bersidai kat tengah2 semacam divider antara nak ke Sg. Buloh dan nak ke LDP - agaknya selepas dotolak ramai2. Tuannya rileks aje makan angin kat tepi kereta!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...