Followers

Thursday 2 May 2013

Gelas atau Kaca??

As-salam.

Pagi ini kami keluar bersarapan di luar - pekena nasi lemak sekali-sekala! Sambil menjamu selera Mak Aji ternampak iklan berikut. Perasankah anda silap bahasa pada iklan itu??

Apa yang tidak betul di sini?????
Yang Mak Aji berasa hairan bin ajaib, macam mana sebuah syarikat besar bertaraf antarabangsa boleh terlepas pandang kesilapan yang sebegini!! Lainlah syarikat kecil yang tiada peruntukan untuk mengupah penterjemah untuk iklan mereka! Biarlah orang yang profesional melakukan kerja mereka, janganlah  sekadar tangkap muat sahaja!! Inilah akibatnya, menjadi bahan ketawa orang sahaja!




6 comments:

zonaku said...

assalamualaikum mak aji.....
kadang2 macam x percaya kan???

atau ini mengikut terma baru keluaran DBP? kita yang kurang tahu.....?

Ummu Madihah said...

Waalaikumussalam zonaku,

Itulah pasal, memang Mak Aji terkejut menengokkannya. Yang ini memang kes cuai di pihak syarikat (tiada kena mengena dengan DBP) yang mengeluarkan iklan. Kalau iklan tu asalnya dlm bahasa Inggeris, kena terjemah ke bahasa Melayu. Begitu juga sebaliknya. Ni kes salah pilih kata. Glass boleh diterjemah menjadi kaca ataupun gelas, bergantung pada konteks ayat. Dalam konteks ini yang sesuai kaca! Langsung xde kena mengena dgn gelas!

Kamsiah yusoff said...

dia nak bgtau,dulu dlm botol plastik,skrg dalam botol kaca...ishh penin pala aihh...

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Ha, kan, betul tu, mrk nak sebut botol kaca pun x tau, ada ke sebut botol gelas!!?? Sekolah kat mana agaknya ya?

QA's ~ mamapapa said...

uhuhuhu!!klau kata2 cikgu BM sy dulu, gila bahasa katanya uhuhuh!!

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Kalau gitu, ramailah yang gila bahasa sekarang ni, sebab main taram aja sesuka hati!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...