Followers

Thursday, 11 April 2013

Masihkah Kauingat???

As-salam.

Pernahkah anda menggunakan benda itu pada masa lalu??

Gayung yang dijual pada harga RM20.00!
Ini dia foto keseluruhannya!

Seingat Mak Aji setiap kali ke rumah atuk saudara di kampung sebelah arwah ayah, Mak Aji paling suka menaiki tangga rumahnya yang diperbuat daripada kayu bulat dan begitu juga tempat pemegangnya! Sebelum menaiki tangga ada di sisi kiri atau kanannya tempayan berisi air dan di dalamnya ada gayung untuk mencuci kaki. Selepas menaiki tangga ada jemuran dahulu sebelum naik ke rumah.

Apabila Mak Aji masuk ke pasar Siti Khadijah, terpandang pula gayung ini. Nostalgia punya pasal, gayung ini dibeli dengan harga (setelah tawar-menawar) - ingat-ingat lupa ni - RM15.00. 

Apabila dibawa balik gayung menjadi hiasan semata-mata. Semalam Pak Aji menggunakannya untuk menyiram pokok-pokok gantung di beranda belakang - akhirnya ada juga kegunaan praktisnya!!

Pokok-pokok gantung di tempat baru mereka.
Yang paling disukai, spider plant ini.



4 comments:

QA's ~ mamapapa said...

Dulu2 prnah ada kt rumah nenek ni..tp skrg tak tau ke mana pg dh :(

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Jangan risau, ada lagi, tp yg versi licin berkilat, di Pasar Siti Khadijah, dijual sekali ngan sabit, golok, cangkul bagai! Bila lihat ada teringat zaman dulu2, walau mahal beli juga, nostalgia punya pasal.

Aida Salleh said...

cantik kak....saya tak pernah guna dulu2...:-(

Ummu Madihah said...

Salam Da,

macam mana nak ingat, x pernah guna dulu! Awk sempat guna yg plastik aje eh! Akak pernah guna yang upih punya tau, lagi klasik, he he!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...