As-salam.
Seperti yang disebut sebelum ini, Mak Aji akan sebut secara khusus tentang frozen shoulder yang dialami.
Sebenarnya sudah agak lama Mak Aji mengagak yang Mak Aji menghadapi masalah ini apabila berbincang dengan seorang kawan (semasa masih kerja dahulu - dia menghadapinya) dan juga kakak sulung, Cik Ning. Jadi apabila gejala yang dihadapi mereka agak sama, maka Mak Aji ke doktor di Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk mendapatkan pengesahan. Doktornya agak muda (baru lepas grad agaknya??) Setelah memberitahu apa masalah Mak Aji, tanpa memeriksa lanjut, sentuh, lihat bahu pun tidak, terus dirujuknya Mak Aji ke bahagian Fisioterapi. Semasa ditanya ahli fisio yang adakah diagnosis dibuat oleh doktor, cuba teka Mak Aji cakap apa?? Mak Aji cakap 'ya' walhal dalam hati (eh, aku yang buat diagnosis, bukan doktor pun. Doktor nampak setuju dengan diagnosis aku??") Apapun, tidak kisahlah. Ahli fisio, setelah membuat pemeriksaan, berkata bukan masalah frozen shoulder sangat, sebenarnya tulang leher agak terhimpit, lantas diajar senaman untuk melonggar-longgarkannya. Senamannya pula betul-betul sama dengan yang diajar kepada Mak Aji oleh anak Mak Aji, si Boy, untuk memanaskan badan sebelum naik ke treadmill!!
Pada hari ini Mak Aji pula Mak Aji hadir temu janji susulan dan oleh kerana sakit betis datang lagi, maka itu yang cuba dilegakan. Setelah diperiksa, didapati bahawa sakit itu berpunca daripada sakit belakang dan sakitnya merebak ke kaki. Maka, seperti biasa diajar senaman lagi. Seperkara yang lupa untuk Mak Aji tanya, berapa kerap perlu buat senaman itu?? Mereka tidak sebut pun.
Apapun kita lihatlah sama ada lega atau tidak nantinya ya? Inilah dia pengalaman Mak Aji membuat diagnosis sendiri. Kalau Mak Aji ke hospital swasta, boleh jadi begini juga ke??? Tidak dapat jadi doktor ((tidak mahu pun, takut darah!) jadi doktor sendiri dalam kes ini pun jadilah.
Catatan: Di sini dipaparkan kaedah yoga untuk melegakan sakit bahu. Harap dapat membantu. Apapun senaman ini berbeza daripada yang diajar kepada Mak Aji.

Sumber foto: http://medicalcenter.osu.edu/patientcare/healthcare_services/orthopaedics/joint/shoulder_pain_problems/Pages/index.aspx |
Catatan: Di sini dipaparkan kaedah yoga untuk melegakan sakit bahu. Harap dapat membantu. Apapun senaman ini berbeza daripada yang diajar kepada Mak Aji.
4 comments:
senamannya simple ja mak aji,kan..
tp memerlukan kerajinan..buat selalu..:)
banyak masalah kesihatan yang dapat dipulihkan dengan senaman kan kak kan? jadi marilah kita jadikan senaman sebagai salah satu amalan penting dalam kehidupan seharian (peringatan untuk diri sendiri juga ni...huhuuu)
Salam Kam,
memang simple aja senamannya, yang susahnya istiqamah melakukannya!
Salam Da,
Memang betul tu. Awk takpalah ada personal trainer yg handsome lagi! Semangat pun naik menggebu! Sini xde personal trainer itu yg nak istiqamah cukup payah, Rasa nak tempek je gambar org yg badannya XXXL kat depan treadmill utk ingatkan diri ni jangan sampai jd mcm tu!!
Post a Comment