Followers

Monday, 8 April 2013

Amaran Banjir Besar di Kuala Lumpur pada 6/6/2013!!

As-salam.

Semasa Mak Aji balik kampung tempoh hari kakak Mak Aji ada bercerita tentang salah seorang saudara sebelah suaminya yang tinggal di Gombak. Menurut saudara tersebut yang berguru dengan seorang guru agama (di KL juga), KL akan bakal mengalami banjir besar pada tanggal 6/6/2013 sehinggakan dia terpaksa menghantar koleksi majalah kesayangannya ke rumah anaknya di utara! Dia juga meminta abang ipar Mak Aji menempah sebanyak 10 bilik di Kota Bharu untuk tempoh selama 3 minggu! Tujuannya tidak lain daripada untuk melarikan diri daripada banjir besar itu!! 

Terkejut kami mendengar cerita itu. Yang lebih mengejutkan - Orang itu ada membawa isterinya berjumpa dengan guru tersebut dan guru tersebut memaklumkan bahawa isterinya itu akan meninggal dunia tidak lama lagi. Saudara itu terus memohon agar guru berbuat sesuatu untuk membantu. Guru tersebut selepas itu (selepas berdoa agaknya kut??) memaklumkan bahawa usia isteri orang itu sudah diperpanjangkan selama 20 tahun lagi!! 

Bunyinya semacam ajaran sesat, bukan??   

Sumber foto: http://www.rickross.com/groups/skykingdom.html

Mungkinkah guru ini seperti Ayah Pin yang banyak diperkatakan tidak lama dahulu??? Sama-samalah kita tunggu ramalan itu menjelang 6/6/2013 itu! Kalau tiada banjir, mungkinkah guru tersebut menunda tarikhnya ke tarikh lain pula???






4 comments:

Aida Salleh said...

terkejut saya baca kak. banjir besar satu hal...bab kematian yang boleh dia tunda selama 20 tahun lagi satu hal...ishhhhh...ada pulak org macam ni...guru agama ke?

Anonymous said...

Salam Mah,ada dulu kes serupa macam ni..orang yg dikatakan tahun depan mati ,dok hidup sampai hari ni..dah lebih 20 tahun pun,anak dia pun dah kawin.macam2 fitnah dunia.

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Memang mengejutkan ada org yg macam ni, yg lebih bagus tu kedua2nya hajai dan hajah tu! Boleh percaya pula mereka tu! Katanya guru agama tapi entahlah....

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Itulah, x masuk akal mcm mana pengikutnya boleh percaya org yg macam ni. Pengikutnya pula umur dah kurang lebih umur 70 tahun, dah haji pun. Dengan yakin beritahu anak2 dia akan banjir besar ni, ala-ala banjir semasa Nabi Nuh kut?? My brother in law pun pening nak tempah bilik byk2 tu! Memang byk betul fitnah sekarang ni! Konon nak cari agama, silap gaya tersesat! Takut tak sempat balik ke pangkal jalan je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...