Followers

Wednesday, 3 April 2013

Hi Treadmill, Long Time No See!

As-salam.

Kebelakangan ini Mak Aji asyik kurang sihat sahaja, baru baik sakit tekak, selsema dan batuk, selepas itu sakit belakang, frozen shoulder (nantikan entri khusus tentang itu ya!) dan yang terkini rasa sengal dan sakit betis hingga ke belakang (sebelah kanan kaki). Sakit betis ini dirasai sejak dua hari lepas. Macam ajaib pula datang dan hilangnya!

Begini kisahnya. Semasa di kampung Mak Aji perbetul penjajaran diri dan selepas itu sudah sedaplah solat, tidak sakit apa-apa lagi. Tidak seberapa hari selepas itu sakit belakang datang balik dan ditambah pula dengan sakit kaki. Sementara hendak ditanyakan ahli fisio (temu janji dengannya esok pagi), Mak Aji ambil langkah mudah - say hi to the slowly-collecting-dust- treadmill!! Bukannya lama tidak terserempak dengannya. Sebaliknya hari-hari melihatnya sebab lokasinya di sebelah meja makan serta ofis Mak Aji! Cuma tak ucap hi dan tidak naik sahaja!

Jadi, sebagai langkah percubaan untuk merawat diri sudah dua hari panjat treadmill dan hasilnya, voila, sakit sudah semakin kurang! Alhamdulillah! Rupa-rupanya urat-urat di badan semakin ketat, perlu dilonggar-longgarkan dengan senaman (bukannya tidak berjalan ke hulu ke hilir semasa membuat kerja rumah, tetapi memang lain agaknya ya!) 

Apapun alhamdulillah dan insya-Allah kali ini Mak Aji akan istiqamah dengan treadmill. Jadi, Along usah telefon kalau antara jam 7.30 pagi hingga 8.00, mama panjat treadmill, no calls please during that period!

Tu dia treadmill dan bola senaman - ada cuma tak berapa nak guna aje!!

Yang di depan itu siapa lagi kalau bukan cucunda sulung, si Naufal! Sibuk dengan Ultraman ya, (sekarang sudah kena ban dari rumahnya sebab uminya, gara-gara Ultraman anak-anaknya jadi lebih 'ganas'!).      

Apapun treadmill sudah bersih daripada habuk dan insya-Allah akan menjadi rutin setiap pagi!


Catatan: Tinggal di kampung ini mana ada jogging (bukan jogging pun paling bagus brisk walking je) di luar - nanti orang jenguk belakang kita - nak cari anjing yang kejar kita, he he!!       

          

4 comments:

MONIE said...

tahniah, sayapun baru mula sekali minggu lepas... pastu tak buat dah. Ni nak ambil semangat Mak aji - jom naik treadmill. Semua penyakit ubatnya senaman - hatta sakit jantung

Ummu Madihah said...

Salam Monie,

Jom kita naik sekali lagi!! Betul tu! Nantikan kita edisi yang lebih fit dan slim-melim tidak lama lagi, he he!!

Anonymous said...

adohai monie n mak aji ni buat ai jeles.. ai selama ni dok senaman depan tv. .lepas tu gaduh badan naik. depa dua ni dah mula dah..tak senang duduk le ai mcm ni,

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Jangan jeles, kalau nak join datanglah! Pasni nak buka balik tempat 'kukus' orang tu, dah lama berabuk. Kat laman pun dah beli stepping stones reflexology, sehari dua ni siaplah - jom join sekali! Bidai dah siap pasang ke?? Whatsapplah nak tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...