Followers

Monday, 18 February 2013

Kawan Baru Orang Pencen



As-salam.

Kawan Mak Aji, Monie dari http://permatahatimy2u.blogspot.com/2013/02/ni-cuti-kalau-pencen.html ada bertanya macam manalah orang pencen meluangkan masa di rumah. Dia kalau bercuti pun sudah mati kutu, apa lagi kalau sudah pencen.

Kalau hendak diikutkan bosan, adalah juga ketika berasa begitu tetapi cepat-cepat sahaja Mak Aji berbuat sesuatu. Macam-macam boleh buat sebenarnya! 

Kalau pagi-pagi biasanya usai solat Subuh, bolehlah mula ke dapur menyiapkan sarapan. Usai bersarapan boleh beralih ke laman. Hendak siram pokok ke, membuang rumpai ke atau apa-apa sahajalah.

Usai kerja-kerja di luar dan pada masa yang sama matahari sudah mula terik, masuk lagi ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari. Makan yang agak simple sudah cukup, sebab sekadar berdua sahaja. Kalau kurang rajin atau kurang sihat, kami keluar sahaja makan di luar. 

Biasanya TV terpasang sejak pagi setelah selesai berkebun lagi. TV akan dijeling-jeling sekali-sekala dan jika ada rancangan yang bagus, duduklah sekejap, terutama saluran Astro 728, 707 atau 703. Jadi, Mak Aji mahu kenalkan kawan baru sejak pencen ini:




Giada De Laurentiis
Giada de Laurentiis
Ina Garten
Ina Garten
Rachael Ray
Rachael Ray
Paula Deen
Paula Deen
Nigella Lawson
Nigella Lawson
Alton Brown
Alton Brown
Mereka inilah antara kawan Mak Aji  kalau menonton TV. Merekalah yang menghiburkan dan mengajar Mak Aji masak!  Kalau semasa bekerja Mak Aji sekadar kerana keperluan, sekarang memasak sudah menjadi salah satu hobi baru pula! Semuanya gara-gara mereka ini, kawan-kawan baruku!! Terima kasih semua!


Catatan: Kita aje yang kawan dengan mereka, mereka tidak kawan pun dengan kita, he he!!

Sumber foto: Food Network Asia

         

7 comments:

Kamsiah yusoff said...

saya biasa jugak ditanya..tak bosankah tak kerja..duduk rumah 24 jam...

bg saya,yg merasa bosan tu yg tiada apa nak buat..tiada kerja..sedangkan kalau dok rumah..24 jam mcm tak cukup..
dari gate depan..sampai gate belaknag..semuanya memerlukan perhatian dan 'kerja' dari kita..

Ummu Madihah said...

Salam Kam.

Betul tu!! Sebenarnya org perempuan memang x menang tangan dgn kerja rumah. Sebab itulah jawatannya perlu disebut pengarah urusan rumahtangga! Kalau kita x sihat haru biru rumahtangga! Ada org x makanlah jawabnya!

Aida Salleh said...

Wahhhh saya sangat cemburu tau kak...nak jugak jadi macam akak. Tapi kalau nak pencen skg blum layak pastuh saper plak nak bagi saya makan...tak sedar diri single...hehehehee...

Anonymous said...

Syabas Maj Aji - semua kawan mak aji pun kawan saya juga.. Sunny Anderson, Anna Olson juga ye. Sekarang ni masak mlm je biasa 6- 7 mlm. Sabtu & Ahad meriah sebab ramai yg mai makan. Cuma tak buat - kemas rumah yg sekangkang kera ni - tu pun tak terbuat...MALAS (cerita lain lah) he he he

Anonymous said...

Salam Mah,Monie tu saja ja..yg sebenarnya dia tu rajin..bab memasak ni teror. Kelas agama kat surau tu siap ada baju sedondon lagi makna kata AJK la..belum bab tolong orang lagi..agak agak kalau Monie pencen lagi "happening" kehidupan dia..anak anak tinggai nak bawa balik menantu ja lagi..jadi Mohaini..apa kata kau,,perangat sikit ni..jom!kita buat persatuan ibu pencen dan jgn lupa masuk sekali sesi senaman ya..serius ni!

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Kasi can kat orang pencen yg tua2 ni rehat, awk tu muda belia, lagipun masih diperlukan, kami ni org dah x mahu dah, buat menyemak ofis je! Sekarang single dan available, kejap je lagi double dan unavailablelah tu, akak doakan!!

Salam Wan,

Betul tu Wan, ada lagi Ching He Huang, Robin Miller dll. I kalau bos ada masak lunch, cuma pagi biasanya beli aje, itupun kalau dia rajin keluar, kalau x roti bodoh je. Weekend samalah seronok masak sbb ramai nak makan, kalau kurang sihat pun boleh lupa kejap, balik mrk, pancit balik! Kemas tu kalau rajin buatlah, pun kalau sakit mata, kalau tidak, buat x nampak je! Bab tu sesi semuka ya!

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Betul tu Monie ni saja ja!! Jangan lupa masukkan nama I dalam senarai persatuan baru tu!! U dok dekat ngan Monie, I jauh ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...