As-salam.
Beberapa hari lepas Pak Aji siapkan sepenuhnya ruang laluan kereta di laman. Sekarang sudah disimen sepenuhnya selepas dicurahkan konkrit siap bancuh. Dua lubang dibuat di hujung sini dan sana, rupa-rupanya untuk menempatkan tiang jaring badminton - buka gelanggang rupa-rupanya!
Mak Aji mengusik anak-anak bujang dan anak buah Pak Aji yang sering menyewa gelanggang badminton serta futsal yang berdekatan - "lepas ni sewa aja kat sini, murah je, RM20 sejam, boleh runding!" Berderai ketawa mereka!
Lihatkan gelanggang kami ini!:
Gelanggang biskut - sekejap ada sekejap tiada!! |
Tiangnya boleh dicabut dan dipasang dengan mudah! |
Apa lagi, jom kita main badminton!!
Catatan: Cuma garisan yang belum dibuat lagi. Itu projek dalam waktu terdekat (sebelum kutip sewa, he he!!).
8 comments:
Wah, seronoknya, ada ruang 'berbadminton'! :-)
Salam Dieyana,
Ingat nak rasmi pagi ni. Sebelum tu jenguk2 laman, bila treserempak ular pucuk kat pokok, terus cabut masuk. Ingat petang nak main, hujan pulak! Belum testing lagi ni!
Salam Mah,tahniah..keluarga sidek in the making nampak gayanya..tapi ni keluarga mokhtar la...sesekali anjurkan pertandingan daerah.. boleh jemput I dgn Mohaini pi bertanding..apa kata mohaini?
Salam Wan, he he he, keluarga mukhtar eh?? Sampai hr ni belum lg rasmi2. Semalam guru amukhtar datang d akan berada di sini beberapa hari, jd projek semua tangguh sementara waktu. Melayan tetamu sajalah nampaknya. Tunggu pengumuman utk pertandingan ya, he he!!
ajak makan boleh tak? he he he
wahhhh bestnya kak.....saya nak main kena sewa court RM30 sejam.itu pun kena awal kalau tak fully booked..huhuhuuuu....
Salam Monie,
Orang ajak main badminton untuk maintain slim melim, dia suruh ajak makan eh!! Insya-Allah lepas raya ni boleh makan kenduri lagi, Zhafran nak kahwin, majlis kesyukuran utk sambut menantu!
Salam Da,
Takat ni belum rasmi2 lagi sbb tiap petang hujan lagipun projek byk tergendala sbb guru Pak Aji ada di rumah. Baru kejap nindia ke Kemensah Heights, baru boleh sambung balik projek! RM20 sejam tanpa dinding d bumbung dan cuma siang saja sbb tiada lampu! - oklah kut ya???
Post a Comment