Followers

Saturday 23 February 2013

Seperah Siap

As-salam.

Anda ada seperah? Ah, seperah? Apa itu? - jangan ada pula yang tidak tahu apa itu seperah!! Untuk yang tidak tahu, ingat tidak kain alas yang digunakan semasa kenduri kendara masa dulu-dulu? Sebelum zaman orang makan secara buffet, semua orang makan berhidang dan duduk bersimpuh (perempuan) dan bersila (lelaki), maka sebelum dihidangkan lauk dan nasi, maka keluarlah seperah untuk mengalasnya! 

Mak Aji pun cuma ada satu sahaja seperah, itupun yang dihadiahkan oleh emak saudara. Kalau harap untuk membuatnya sendiri, maka tiadalah seperah. 

Beberapa bulan lalu semasa Mak Aji ke Siam, Mak Aji ada menempah di sana dan semasa Pak Aji ke sana lagi seminggu lalu, saprah siap, ada empat semuanya. Cukuplah tu. Sebenarnya Mak Aji tempah sulam benang putih atas kain putih tetapi yang dibuat sulam biru muda atas kain putih - tidak mengapalah. Lihatkan:

Seperah yang siap.




3 comments:

Anonymous said...

Salam Mah,you guna saperah ni masa bila? Hari2 ke? Arwah mak I tempahkan banyak helai untuk I dulu,ada yang juga yang panjang..cuma I tak tau bila nak guna. Masa buat kenduri,meja dah ada kainnya..sehelai buat tutup meja bulat..sayang pulak dok simpan,tak guna...praktikal ke kalau pakai hari2 ya..satu hal nak dok cuci sebab mesti kotor kena kuah bagai...

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

I biasa pakai seperah bila ada kelas pengajian kat rumah. Mrk duduk bersila, masa tu keluarlah seperah ni. I sebenarnya prefer sulam white on white sbb mudah nak cuci, susah tanggak kuah taruk clorox je. Skrg bila bunga biru susah sikitlah. Kalau hari2 makan kat meja je.

monie said...

ni nak cadang - buatlah Mak Aji saperah... Ada banayk contoh jahitan di internet. Saya buat cuma tak tau bila nak bentang sebab org makan semua atas meja. Tunjuk rajin orang pencen.. he he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...