As-salam.
Dalam beberapa entri lepas, Mak Aji mengeluh kerana ketuhar rosak. Sebenarnya usianya susah mencecah remaja - kalau orang tidak mengapa, tetapi jika ketuhar itu tua bangkalah namanya! Seperti juga orang yang sudah tua, maka sakitlah dia. Maka itulah yang berlaku. Dengan cuti raya Cina dan sebagainya, maka barulah dua hari lepas kami membawanya sendiri ke Pusat Servis Panasonic (nama ketuhar pun masih National lagi!)
Setelah diperiksa luar dalam oleh staf di kaunter, berikut catatannya: Without accessories, rusty, dented and out of order (sebenarnya ejaan yang tercatat penuh kesilapan, hinggakan sakit mata dan gatal tangan mantan editor ini untuk menconteng dan membetulkannya!!). Kasihan ketuharku, memang benar-benar nazak agaknya.
Selesai di kaunter ketuhar dibawa masuk ke bilik servis untuk diperiksa dengan lebih teliti untuk mengetahui sama ada masih boleh diselamatkan atau tidak (jika ada alat ganti). Hasilnya, tiada lagi alat ganti tulen yang dikeluarkan untuk ketuhar model itu! Nasib baiklah (secara berbisik) staf memaklumkan bahawa dia secara peribadi ada alat gantinya jika kami berminat. Muka Pak Aji terus bercahaya dan pada masa yang sama muka Mak Aji mula kelam! (hancus harapan untuk mendapat ketuhar baru, huhu!!). Setelah RM120 bertukar tangan (Pak Aji sedikit pun tidak tawar menawar, terus setuju sahaja - di benaknya, 'selamat duit aku!!'), alat ganti dipasang dan kami terus membawanya balik.
Sampai sahaja di rumah, ketuhar diletakkan ke tempat asal. Tangan Mak Aji terus mencapai mentega di peti ais - tentunya mahu testing ketuhar sama ada benar-benar OK atau tidak! Hasilnya:
Lemon butter cake! |
Alhamdulillah ketuhar masih mampu menjalankan tugasnya dan kek keluar cantik gebu dan sedap sekali! Kalaulah selepas ini panelnya yang rosak, memang kena tukar baru sebab tiada lagi alat gantinya!! Harap-harap begitulah ya (hush hush, with evil smile on face!).
4 comments:
hehe mak aji..hajat dihati nak beli yg baru,..apakan daya yg lama masih boleh digunakan lg..
Itulah pasal! Jangan beritahu orang ya, tapi (syyy) sebenarnya hati ni berharap selepas ni panelnya yg tiada alat ganti pula yg rosak, he he!! Naughty naughty!
hahahahaaa...kesian kandaku tak dapat nak beli yang baru lagi. Takpe sis, pasni dia rosak lagi mesti dah takde alat ganti tu...jadi skg kak kene guna semaksimum mungkin supaya dia cepat rosak. heheheheheheee....
Salam Da,
Setuju dengan saranan itu, will use to the maximum,!! He he, syyy jangan sampai Pak Aji dengar tau!
Post a Comment