Followers

Thursday 21 February 2013

Layan Diri

As-salam.

Lewat pagi semalam Mak Aji ke salon di Subang Perdana untuk mencuci dan potong rambut serta membuat rawatan muka. Inilah kali pertama Mak Aji ke situ selepas selesai pakej di New York Skin Solutions. 

Semalam salon tersebut berwajah baru yang lebih menarik berbanding sebelumnya. Alhamdulillah salon agak lengang jadi Mak Aji agak puas hatilah kerana tidak perlu menunggu lama. Rupa-rupanya Mak Aji spoke too soon sebab semasa separuh jalan membuat rawatan muka, Mak Aji perasan akan kehadiran beberapa orang kanak-kanak di bilik rawatan. Staf salon bertanya, "mama ke?" "Ya," jawab salah seorang budak itu. Mak Aji ingatkan staf itu tidak merujuk kepada Mak Aji sebagai "mama" yang dimaksudkan itu. Seterusnya staf itu bertanya,"akak datang dengan siapa." Mak Aji jawab, " sorang aje." "Habis budak-budak itu anak siapa?"
Rupa-rupanya salah seorang budak itu sudah dengan selambanya mengambil telefon bimbit di dalam beg tangan Mak Aji yang diletakkan di hujung kaki! Staf tersebut terus keluar dan meminta balik telefon bimbit Mak Aji dari tangan budak itu!! 

Elok sahaja Mak Aji ke situ untuk berehat, melayan diri, berasap juga kepala dibuatnya dek geramkan budak itu. Mak Aji masih terdengar lagi suara ibu budak-budak itu leka berborak dengan seorang lagi staf salon sementara anak-anaknya sibuk bermain-main dengan peralatan di bilik rawatan! Mak Aji memberitahu staf itu agar menegur budak-budak itu dan jangan membiarkan mereka masuk ke bilik rawatan (satunya mengganggu, duanya kerana budak lelaki itu sudah besar - kita di dalam bilik itu melepaskan hijab!!)

Selesai rawatan Mak Aji memang berhajat untuk menegur ibu budak-budak itu dan memaklumkan tentang telefon bimbit Mak Aji, namun pada ketika itu mereka sudah balik. Ada juga baiknya sebab kalau hati sedang berasap, entah apa-apa bahasa yang keluar dari mulut kita, kan! 

Catatan: Kalau mahu ke salon janganlah bawa anak-anak yang tidak tahu duduk diam dan berlari serta bermain seumpama berada di taman mainan! Pelanggan lain datang untuk mendapat rawatan dan pada masa sama mahu berehat dan bersantai! Sama-samalah kita beringat-ingat! (Berkedut dan berkerut baliklah muka yang dah licin dan tegang dek masker, gara-gara kepala berasap, he he).


Sekadar hiasan


Sumber foto: Google Images

2 comments:

Aida Salleh said...

Saya pun kadang-kadang pelik dengan ibubapa yang boleh biarkan anak2 dia main segala benda macam tu. kalau kita tegur nanti tarik muka. Tapi anak sendiri taknak jaga. Sabar je lah...

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Akak memang bengang ngan budak tu, ingat nak sound mak dia pasal hp tu, ada ke patut. Staf tu pun serba salah sebab ingatkan anak akak - x pasal2 dia ingat anak kita kurang asam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...