Followers

Thursday, 28 February 2013

Alhamdulillah Hajat Kesampaian Jua

As-salam.

Selepas ketuhar diperbaiki Mak Aji sempat bakar kek sebiji dengan jayanya. Tiba hari minggu Mak Aji bakar sebiji lagi kek yang sama untuk Nadia, menantu Mak Aji yang mengandung. Malang sekali ketuhar buat ragam lagi!!! Kek dibakar sehingga selama 85 minit tetapi tidak masak-masak sampai sudah! Apabila Mak Aji perilsa sendiri, fungsi convectionnya tidak berfungsi dengan betul, begitu juga dengan fungsi microwave plus convectionnya. Fungsi grill, reheat elok sahaja. 

Selepas mengadu dengan Pak Aji, kami terus ke kedai Panashop terdekat dan terus beli sahaja yang baru - sudah letih menahan sabar dengan ketuhar itu. Lagipun ketuhar itu memang menunggu masa sahaja untuk 'kong' terus - soal cepat atau lambat sahaja. Sudah beberapa ratus duit dihabiskan untuk membetulkannya. Pilihan terbaik, ganti sahajalah.

Jadi, ini dia ketuhar yang masih berbau kedai lagi (Nor, I finally got it!! Saja tayang ni as requested!):

My spanking new oven! Kalau peti ais (di sebelahnya) stainless steel juga,
cantik, kan!!
Setakat ini masih belum masak apa-apa lagi - tidak berpeluang keluar beli bahan sebab ada tamu di rumah, sibuk masak dan melayan tetamu. Insya-Allah sehari dua lagi akan kembali beraksi ketuhar ini!


Catatan: Maaf ya, tiada foto dari hadapan sebab nanti keluar pula bayang jurufotonya! Walau bagaimanapun, ini sekali lagi foto dari Google!

Pandangan dari hadapan.


6 comments:

Kamsiah yusoff said...

wah mak aji..tentu lps ni ber 'kek' ber 'biskut' dgn kerap la ya..:)

Aida Salleh said...

wahhhhhhh.....bestnya...tahniah kak tahniah....termakbul juga doa akak ya.:-)

Ummu Madihah said...

Salam Kam,

Itulah dia, kena beli juga sebab awal bulan depan Mak Aji nak ziarah anak di Surabaya, mereka minta biskut chocolate chips sebotol besar! Mrk dua beradik di sana, makanya dua botol besar! Nak kena mula buatlah ni.

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Alhamdulillah dapatlah juga. Sebenarnya dah merajuk sakan baru dapat!!

Elham said...

Hehehe...congratulation Akak, at last kan!
Semoga lebih bersemangat membaking!!

Ummu Madihah said...

Salam Nor,

Terima kasih Nor, terpaksa berjuang jugalah nak mendapatnya, dengan cara tersendiri, he he! Insya-Allah semangat akan lebih membara!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...