Followers

Thursday, 11 August 2011

Spoilt for Choice

Bazar ramadan Paya Jaras, Sungai Buloh memang penuh padat dengan pengunjung setiap hari sepanjang bulan ramadan. Walaupun Mak Aji lalu di situ setiap hari bekerja, setakat hari ni Mak Aji baru dua kali menyinggah. Bukan apa, jika terlalu banyak sangat pilihan, naik pening kepala memikirkan apa kuih yang nak dibeli. Akhirnya beli saja di sebuah gerai di Kuang. Pilihannya tak banyak tapi kuihnya alhamdulillah sedap. Onde-ondenya macam yang kita buat sendiri di rumah, cuma saiznya besar sedikit.

Semalam Pak Aji ke Restoran Kartini di Seksyen 10 Shah Alam, dekat dengan masjid negeri. Punyalah banyak jenis kuih dan lauk-pauk yang dijual, hujungnya dia beli gulai kambing saja. Sebenarnya restoran ini banyak menghidangkan masakan Kelantan - memang banyak sangat jenisnya. Kerabu sahaja ada pelbagai jenis, tak masuk lagi lauk lain! Pak Aji kata, "kalau pengat ada 10 jenis, sebut aja pengat apa, tentu ada!" Kalau macam tu, tinggal mak ngan bapak aja yang tak ada! Jadi, nak selamat (agar tak pening dan selamat duit - bukan ke Mak Aji suruh berhemah??) beli sekadar apa yang ada sahaja. 

Sebenarnya, kalau ikutkan, kuih pun tak perlu beli - sebab kurma yang kita dah beli dan yang orang beri kat kita tu, bila nak makan?? Kalau sekadar seulas sorang masa berbuka (buat syarat), lepas tu makan kuih lain lagi, dan akhirnya nasi, maka bila kurma nak habis?? Takkan nak bring forward ke tahun depan? 

2 comments:

Aida Salleh said...

Memang betul kak. Kalau ke PARAM (Pasar Ramadhan) memang rambang mata.Saya pun setakat ni masih belum ke PARAM lagi sbb memang takde keperluan lagi. balik rumah mak dah masak macam2, kadang2 abah pun dah beli serba sedikit tambahan. jadi lebih baik tak pergi. Dapat jimat dan juga elakkan pembaziran.

Ummu Madihah said...

Setuju!! Cewah, kita ada singkatan baru ya, PARAM, kena popularkan tuh! Tu yang best ada mak, makanan tersedia aja! Zura pun sama! Hai nasib orang tak bermak dan berayah, tak merasalah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...