Followers

Wednesday 17 August 2011

Buah Tanjung Jala Mas

Anak-anak menghitung hari untuk balik kampung. Mak Aji belum pasti lagi bila nak bertolak balik. Dengar khabar minggu ini minggu terakhir persekolahan dan bermula minggu hadapan budak-budak sekolah sudah bercuti. Harap-harap mereka yang ada anak sekolah mulalah balik kampung awal, iaitu hujung minggu ini. Tinggallah kami yang cuti tak seberapa hari ni balik hujung minggu hadapan. Kalau semua menyerbu balik kampung pada hujung minggu hadapan, alamat sesaklah jalan. Mak Aji dah rasa macam nak sesak dada memikirkan kesesakan yang bakal berlaku nanti! Sudahlah perjalanan ke Kelantan jauh, kalau ditambah dengan jalan sesak, rasa serik nak balik! Mak Aji pernah tempuh 17 jam perjalanan dari Kota Bharu ke KL beberapa tahun lepas! Tak nak taubat aje!

Walau apapun yang bakal ditempuh, insya-Allah balik tetap balik. Mak Aji dah yatim piatu, mak ayah dah tiada, yang ada adik-beradik dan saudara mara sahaja. Kak Long dan suami pengganti mak ayah dan kami balik beraya di rumahnya.

Mak Aji dok teringat-ingat kuih yang lazim dimakan semasa berbuka selain kurma. Yang terbayang-bayang semenjak dua tiga ni, buah tanjung dan jala mas. Rasa macam tak sempurna puasa kalau tak merasa kedua-duanya. Rasanya sungguh lazat. Mak Aji memang makan minum kurang manis tapi kalau kuih ni walaupun memang manis (yang amat), Mak Aji tetap suka! Terbayang-bayang kuih ni terjual di bazar ramadan di Kubang Kerian, tempat Mak Aji biasa beli! 


Selain itu, Mak Aji juga teringin nak makan kerabu sarae (Jusoh kat opis, asal nampak muka Mak Aji aja di bulan puasa, minta belikannya untuk dia - dulu pernah ada di Subang Perdana Mak Aji belikan dia!). Gambarnya di bawah:
Tak lupa juga ayam percik Kubang Kerian. Yang paling seronok makanan murah di Kelantan berbanding di tempat lain.  Kalau nak makan sekadar satu dua orang sahaja, tak payah masak, beli saja. Masa Mak Aji bertugas di Kelantan sekitar tahun 2000 dulu, Mak Aji jarang masak, terutama pada bulan puasa. 

Bercintanya nak balik kampung! Kalau ingatkan lambaian kuih-kuih tu, rasa nak terbang balik kampung sekarang juga!  

7 comments:

Aida Salleh said...

Kak Shima, jala mas tu rupa dia macam kuih jala biasa tu jugak ya? macam selalu nampak tapi tak pernah try. Buah tanjung saya pernah try...mmg amat amat amat manis....huhhuuu...
Tapi kan ada satu kuih yang saya pernah makan kat kota bharu masa bulan puasa beberapa tahun dulu, sangat sangat sangat sedapppp...tapi tak tau nama kuih dan dah puas carik merata tak jumpa....huhhuuu..

Ummu Madihah said...

Kuih jala yg mana maksud Aida ni? Jala mas ni sebenarnya lebih kurang dgn buah tanjung gak, cuma bentuk lain, manisnya pun sama! Kuih lain tu, kuih apa ya? akok, nekbat, tahi itik.... Byklah Aida, kena describe baru boleh agak.

Anonymous said...

Shimah, rasanya barang di Kelantan sekarang dah mula mahal!!! ASIAH

Ummu Madihah said...

Ye ke? Kalau harga naik tu biasalah, jangan melampau sangat dahlah! Tulah dah lama tak balik, kureng perasan.

Aida Salleh said...

maksud aida kuih jala yg kita biasa makan kat kl ni kak. sama ke rupa dia dengan jala mas?
pasal kuih yg aida cakap tu, mmg tak tau nama dia. tapi yg pasti bukan yg akak sebut tu. rupa dia macam puding roti tapi kalau tak silap ada pisang kat dalam dia..makan dulu kat kota bharu ngan kat golok kalau tak silap....tapi lepas makan tu mmg tak pernah jumpa lagi...huhuuu

Ummu Madihah said...

roti jala kat kl dikirai dalam bentuk pusingan, dilipat menjadi macam bantal, jala mas dikirai secara menegak atau melintang sahaja dalam air gula. Jala mas yg dah siap saiz dan rupa sedikit macam roti jala juga tapi bila ditarik, macam utas-utas tali yang dilipat-lipat atau digelung-gelungkan dengan padat. Akak tak pasti kuih yg awk ckp tu, kena buat kajian dulu!

Aida Salleh said...

oooo macam tu...saya tak pernah makan jala mas tu kak...
pasal kuih tu takpe kak, abaikan je. dah puas gak saya tanya orang tapi semua tak tau. sbb saya pun tak reti nak describe kot...yg paling tak best tanya pada member yg sama2 makan dulu pun dia tak ingat...huhuhuu...so saya dah lupakan hasrat nak carik kuih tu...:-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...