Followers

Wednesday, 10 August 2011

Bonus

Alhamdulillah, ramai yang bersyukur lega dengan pengumuman yang dibuat oleh Najib tentang pemberian bonus setengah bulan. Termasuklah yours truly juga! Entah bila ya kali akhir kita dapat setengah bulan atau sebulan bonus? Mak Aji pun dah lupa sebab rasa macam dah lama sangat! Itulah nasib kakitangan kerajaan. Kalau swasta, asyik lebat aja bonus mereka saban tahun, sikit pun tak kecoh, senyap-senyap aja ke bank! Kakitangan kerajaan dapat bonus kecoh! Apapun, kita perlu ingat, ada saja pihak yang akan mencuba sedaya-upaya untuk 'memisahkan' kita dengan bonus tersebut. Dengan kata lain, ada saja mereka yang menjual segala macam benda, 'kunun'nya utntuk memeriahkaan lagi raya kita! Percaya tak, kedai cermin mata tempat Mak Aji biasa buat cermin mata, ada menghantar sms dengan tawaran jualan istimewa, siap dengan diskaun RM50 dan percuma kanta lekap; semuanya agar kita akan lebih bergaya pada hari raya!! Kedai jual tudung, jubah dll. pun sama hantar sms menawarkan pelbagai tawaran istimewa. Ini yang Mak Aji maksudkan. Jadi, berhati-hatilah anda sekalian, jangan mudah tertipu dengan segala pujuk rayu mereka! Mak Aji ni dah tua, nafsu nak membeli segala macam tu dah kurang sangat, suka memerhati sahaja karenah mereka. Pun dok memerhati gelagat orang-orang muda yang mudah termakan pujuk rayu mereka. Mak Aji ingat masa muda-muda dulu pun macam itu jugak! Maklumlah zaman muda, barang kelengkapan rumah belum cukup lagi, maka duit gaji habis kat situ aja. Sekarang keperluan semua dah ada, kalau beli lagi nak letak kat mana? Kalau beli pun untuk tukarkan yang rosak sahaja. Jadi, sama-samalah kita beringat, janganlah terlalu beraya sakan sehingga naik demam nanti lepas raya! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...