Followers

Tuesday, 9 August 2011

Mengelat

Hari ini badan kurang sihat, kepala sakit, tapi taklah sakit sangat. Yang lebihnya pening. Asyik sendawa sejak lepas berbuka malam tadi. Entah apa yang dimakan yang menyebabkannya. Malam tadi makan ikan bakar (guna sos ikan bakar Adabi - sedap!), sup cendawan 'segar dari ladang' pemberian jiran dan juga tembikai. Airnya teh 'o' kurang manis. Kena kurangkan minum ais, Mak Aji rasa badan macam 'kena paku' (meminjam kata-kata seorang kawan yang merasa begitu setiap kali makan pucuk paku) bila tiap kali minum ais. Sakit badan juga mungkin kerana sepagi membuang rumpai hari Ahad lepas. Itu yang terpaksa dibayar oleh badan yang tua ini dek kerana nak sedapkan mata memandang. 

Bila badan dah sakit-sakit, kepala pun tuningnya agak lari sikit, maka bila meninjau jualan lauk di kantin ofis yang masih tinggal sedikit, terjumpa lauk yang digemari, Mak Aji pun turut sama beli. Hari ni boleh mengelat sebab Pak Aji belum balik ke rumah lagi. Kalau dia ada susah sikit nak mengelat. Anak-anak tak kisah sangat, ikut aja makan apa yang ada. Mak Aji malas nak menyinggah-nyinggah kat bazar ramadan, nanti entah apa-apa yang dibeli, kuat betul nafsu mendorong kita untuk membeli segala macam, akhirnya tak termakan semuanya. Hilang nak buat pahala, dosa yang dapat.   

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...