Followers

Thursday, 22 March 2012

Tinjau Perabot

Balik sahaja dari pejabat Mak Aji menyinggah ke dua tempat perabot, Novel (yang sedang membuat jualan murah) dan SSF yang kedua-duanya di kawasan Sri Damansara. Rupanya perabot Novel ada yang buatan tempatan, diperbuat daripada kayu getah dan ada juga yang diimport dari China (emak dengan bapa sahaja yang kita tidak dapat peroleh dari China!!). Perabot buatan tempatan pula baik set bilik tidur mahupun sofanya bersaiz besar, katanya untuk pasaran luar negara (usah cari katil saiz queen, ngak ada!). 

Di SSF pula ada jualan. Perabotnya juga dari China. Saiz queen tiada masalah. Saiz king dan super king pun ada, dengan reka bentuk klasik, juga moden. Yang paling berkenaan set cadarnya yang campuran kapas dan satin, dengan lace - harganya usah cakaplah, seram hendak disebut pun!! Ini rupanya foto-foto yang dirakam, layan!: 

Harga setelah diskaun sekitar RM500.

Yang ini dijual murah sebab ini  yang diperagakan. Harga setelah diskaun sekitar RM1,000.
Katil di atas bukannya daripada kayu tetapi MDF (macam kabinet dapur tulah).

Rasa macam berkenan yang ini.
Katil besi yang bertiang empat ini dikombinasi dengan tembaga. Langsir/kelambu kelilingnya sahaja sekitar RM700. 

 Ini rupanya secara keseluruhan. Memang manis sekali!! Romantik sekali, apa lagi dengan kelambunya!

Yang ini pun rupa boleh tahan juga.
Katil yang ini pula versi yang sama tetapi bertiang pendek. Rupanya seakan-akan katil di Ikea. Produk Ikea pun banyak yang diperbuat di China. 

Ini pula foto cermin kristal reka bentuk moden yang Mak Aji agak sesuai dengan gaya rumah anak Mak Aji, Along, yang berkonsep moden. Apa macam Along, cantik tak? Harga sekitar RM600.

Cantik kan?
Ini pula foto cadar yang Mak Aji sebut tadi, cantik yang amat!

Simple yet elegant!
Soal cadar Mak Aji kena banyakkan lagi tinjauan agar dapat harga yang lebih murah. Hendak tahu berapa harga yang di atas ini? RM800 lebih!! 

Ini pula almari kecil yang boleh dibuat side table tepi katil. Calon-calonnya.....:

Apabila dibuka pintunya ada laci kecil di dalamnya. Harga sekitar RM400 selepas diskaun.
Sengaja dibuat agar kelihatan worn-out, rustic! Harga lebih kurang sama seperti di atas.

7 comments:

Nuraihana said...

rasa mcm kecik jer cermin tue mama...but i like yours better...

Ummu Madihah said...

cermin tu x kecik, mama punya skrg hg dia dlm RM400 ajer. Mama rasa awk kena tengok sendiri baru puas hati. Next time turun KL kita pergi.

- dieyana - said...

ssf ni harganya tak mahal sgt eh..comel, nampak konsep inggeris....

Ummu Madihah said...

sekarang mereka ada sale sebab tu harganya agak ok! SSF yang satu lagi (sebelah kiri menghala ke Kepong) semalam Mak Aji x dpt masuk sebab tengah buat stock take, sampai bila entah. Syok pergi, jamu mata!!

bella eiylla said...

salam . nak tanya stu set bilik tido katil yg bertiang 4 ada ta???

bella eiylla said...

salam . nak tanya stu set bilik tido katil yg bertiang 4 ada ta???

bella eiylla said...

salam . nak tanya stu set bilik tido katil yg bertiang 4 ada ta???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...