Followers

Thursday 8 March 2012

Blog Sepi

Sudah gatal tangan Mak Aji untuk mula membuat catatan pada blog setelah sunyi tanpa apa-apa catatan lebih kurang seminggu. Setelah menjadi misi kepada Pak Aji tempoh hari, kami bertukar peranan pula - Pak Aji yang menjadi misi Mak Aji!! - share and share alike! 

misi lelaki - sekadar hiasan
Kalau tempoh hari Mak Aji masak untuk dia, maka tiba pula giliran dia yang masak untuk Mak Aji! - tempoh hari dia masakkan sup tulang - memang sedap!! - fotonya tiada sebab kamera pun bercuti gara-gara tuannya yang teruk demamnya - punyalah kuat virusnya sehinggakan nak bangun dari katil pun tidak larat - bangun dari katil cuma untuk ke bilik air, solat dan makan sahaja - selainnya 'tersebek' di katil macam kain buruk sahaja! Doktor memberi antibiotik yang agak kuat, kecil sedikit daripada hujung jari, ubat batuk yang membuat Mak Aji 'high' macam orang biol sahaja!

Apapun Mak Aji mula kerja pada hari Rabu walaupun belum betul-betul baik - terlalu lama rasanya tinggalkan kerja. Badan masih lemah, solat masih lagi duduk dan jarang-jarang dapat solat seperti biasa - rasa hendak tumbang. Semoga demam tempoh hari dapatlah sedikit sebanyak menyuci dosa diri ini yang memang cukup banyak!! Insya-Allah. 

3 comments:

MONIE said...

Orang yang sakit kepala tandanya orang itu ialah ahli syurga. Wallahuaqlam.

- dieyana - said...

mak aji pulok doh... erm..moga mak aji kembali pulih seperti biasa. Insya-Allah.... (terer pak aji masok...:-)

Ummu Madihah said...

Wah, sedap dengar tu Monie!! Insya-Allah!!

Dieyana, tengoklah siapa yang ajar dia masak, heh heh heh! Perasan pulak!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...