Followers

Sunday, 10 June 2012

Gubahan Bentuk Mata

Gubahan bunga bentuk mata atau buah kana ini memang biasa kita lihat di meja makan. Saiz gubahan pula mestilah bergantung pada saiz meja (panjang meja). Lebih panjang meja, maka lebih panjanglah gubahan ini.  Mari kita lihat hasilnya:

Gubahan menggunakan bunga orkid dan sejenis bunga pink lain.
Diambil dari sudut berbeza.

Sebenarnya lilin tidaklah semestinya ada. Lilin digunakan di sini kerana Sally ingin mengajar cara memasangnya (jika perlu). 


Thursday, 7 June 2012

Macam Tidak Percaya

Mak Aji sebenarnya agak takut dengan gubahan yang luar daripada kebiasaan, yakni yang berbentuk asimetri (bukan simetri). Bentuk simetri memang agak mudah sebab apa yang ada di kiri tentu ada di kanan dan apa yang di hadapan ada di belakang - umpama bayangan cermin. Jadi agak mudahlah. Yang asimetri, memang agak takut-takut sikit, takut tidak menjadi! 

Alhamdulillah dengan panduan dan tunjuk ajar guru, hasil yang diperoleh memang memuaskan hati Mak Aji - rasa macam tidak percaya dapat menghasilkannya! - seronok sangat! Saksikan:

Gubahan bentuk asimetri menggunakan gabunga tiga warna utama, merah, kuning dan biru (ungu).

Catatan: Rupa-rupanya gubahan bentuk ini ada ukuran panjang tertentu untuk rangka kasar bagi bentuk gubahan. Gubahan juga perlu mampu menampakkan 'kedalaman' (depth) semasa menyusun setiap batang bunga! Kena baca balik nota ni, utk ingatkan ukurannya, nanti lupa!



Wednesday, 6 June 2012

Orang Malaysia Makan Bangkai

Seorang ustaz pernah bercerita tentang pengalamannya semasa belajar di sebuah negara Arab. Ustaz ini sudah berkeluarga ketika itu, jadi dapurnya sentiasa berasap. Pada suatu hari isterinya menggoreng ikan masin dan seorang Arab lalu di tepi rumahnya lalu terus bising kerana terhidu 'aroma' ikan masin!! Apabila mengetahui kisah di sebalik aroma ikan masin itu, Arab itu lalu berkata, "Orang Malaysia makan bangkai!!"

Inilah dia bangkai yang orang Malaysia makan!!

Mak Aji teringatkan kisah ini sebab untuk makan malam kami makan asam rebus kepala ikan merah, ikan tamban masin (yang agak lembab, 'banga' kata orang Kelantan - seperti busuk banga!!) goreng serta ulam kacang panjang dengan sambal tempoyak (buatan Pak Aji - sedap!!!). Konon banyak sangat nasi yang Pak Aji isi dalam pinggan Mak Aji, rupa-rupanya licin sepinggan, sampai hirup kuahnya. Hendak bertambah segan pulak dengan Pak Aji sebab terlepas cakap!!



Gubahan Bunga di Atas Meja - Bentuk Bulat

Gubahan bunga di atas meja boleh berbentuk. Jenis gubahan pula boleh bergantung pada pelbagai faktor seperti bentuk meja dan saiz meja. Tinggi rendah gubahan pula bergantung juga pada majlis. Gubahan untuk majlis makan malam tidak boleh tinggi agar tetamu yang makan tidak terhalang pandangan dan komunikasi mereka. 

Gubahan yang agak biasa kita lihat ialah yang berbentuk bulat. Pembikinannya agak mudah berbanding kaedah bunga tangan (walaupun bentuknya agak lebih kurang sahaja - tapaknya sahaja yang berbeza). 

Gubahan menggunakan bunga daisy.
Hasil kerja tangan Mak Aji dan Kak Guy.

Catatan: Semua jenis bunga hidup dan daunan perlu terlebih dahulu direndam air secukupnya sebelum dipotong mengikut kesesuaian dan digubah agar segar lama dan tidak mudah layu.



Friday, 1 June 2012

Berjalan di Hutan Baik untuk Kesihatan

Jika anda pernah berjalan di hutan, tentu anda tahu betapa menyegarkan udara di situ. Selain membuat anda berasa segar dan seronok, dari segi saintifiknya berjalan di hutan memang baik untuk kesihatan anda! Orang Jepun menggelarnya shinrin-yoku. Jika diterjemahkan, ia bermakna "mandi di hutan". Sekarang para saintis mendapati bahawa mandi di hutan membawa faedah dari segi fisiologi dan juga psikologi!

Antara faktor yang dikenal pasti sebagai manfaat yang diperoleh daripada berjalan di hutan (atau taman) ialah udara yang bersih, suasana yang agak sunyi, jauh daripada keriuhan kota serta peluang untuk anda mengasingkan diri daripada orang ramai. Sekolah Perubatan Nippon di Jepun pula mengemukakan teori lain pula tentang hal ini - manfaat diperoleh kerana secara semula jadinya, pokok mengeluarkan minyak pati (essential oils) terus ke udara yang dihirup mereka yang berjalan di hutan (juga di taman).

Mereka ni hari-hari berjalan di hutan, kita bila lagi?? Jangan ada pacat sudah!!
Yang berkerusi roda pun 'berjalan' di hutan.


Catatan: Hujung minggu ini kalau tiada rancangan ke mana-mana, jom kita ke Ulu Yam ke, ke Taman Pertanian Bukit Cerakah (masih beroperasi ke??), ke Hutan Simpan Kepong atau Taman Tasik Perdana, Taman Tasik Titiwangsa untuk menghirup udara segar!! Jom!!


Tinjau Perabot Lagi

Malam tadi Mak Aji mengekor dua anak bujang Mak Aji untuk meninjau katil bujang untuk mereka - mereka mahukan katil baru apabila berpindah ke bilik tidur lama Mak Aji. Ini antara katil yang kami lihat di Ikea malam tadi. 

Kalau hendak jimat ruang, bolehlah beli katil dua tingkat (tetapi yang ada semacam untuk budak, bukannya untuk orang bujang!?) tetapi kalau inginkan dua katil berasingan, maka lebih sempitlah ruang untuk meletak perabot lain dalam bilik itu! Apapun mari lihat dahulu sebelum membuat keputusan:

Zhafran sibuk mengukur agar katil muat di tempat yang dihajatkan.
Model ini yang termurah, kayu pain.
Ini juga diperbuat dengan kayu pain tetapi dua tingkat.
Yang ini (besi) boleh memuatkan tiga orang, termasuk yang di bawah sekali.
Yang ini juga besi, katil berasingan.

Anak-anak bujang asyik mengenen agar Mak Aji taja separuh - macamlah Mak Aji ni banyak sangat duit!! Sedang dalam pertimbangan .... 


Bunga Tangan Lagi

Selain bunga tangan yang dihasilkan semalam, yang menggunakan kaedah yang agak sukar (kung fu - sukar - kata guru kami! Sebab sukarlah Mak Aji terpaksa buka balik gubahan beberapa kali sebab apa yang dibuat tidak menepati kaedah sebenar - memang sukar!), ada juga kaedah yang lebih mudah, iaitu menggunakan sepan bulat bertangkai, yang bentuknya semacam aiskrim. 

Mak Aji percaya ramai yang sudah biasa melihat bunga tangan sebegini - ini yang disiapkan hari ini:

Bunga tangan yang sudah dikemaskan dengan riben.

Ini pula foto hasil yang sama dari dekat:


Gabungan ros dengan daisy serta bunga kecil sebagai pelengkap.

Persiapan bahan tidaklah sebanyak mana bunga tangan semalam. Ini kerana kaedah ini lebih mudah dan banyak menjimatkan masa. 


Bunga dan daun perlu direndam air terlebih dahulu.
Sepan berbentuk aiskrim juga direndam.

Sekarang jika ada yang perlukan bunga tangan, insya-Allah bolehlah Mak Aji hasilkan sendiri!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...