Followers

Thursday, 30 May 2013

Mainan Baru

As-salam.

Semasa balik kapung tempoh hari Mak Aji sempat ke Kedai Salamku di Kota Bharu. Semasa menjamu mata di situ terpandanglah pula alat pemerah limau berikut dengan harga RM7.80. Alat ini diperbuat daripada logam, agak berat dan kuat untuk memerah. Mak Aji rasa semacam pernah melihat alat ini digunakan dalam saluran Food Network di Astro. Apa lagi terus ambil. Alhamdulillah cukup bagus untuk memerah asam limau nipis ke, lemon ke, cuma limau Sunkist sahaja yang belum diperah lagi.


Alat pemerah limau. Awas jangan 'terperah' jari sudah!

Semasa ke SSF di Sri Damansara tempoh hari, Mak Aji terpandang penyepit di bawah, berkenanlah pula di hati lantas terus diambil dua. Penyepit ini diperbuat daripada plastik dan juga logam. Yang bagusnya dihujung kanan ada bahagian yang boleh ditarik dan ditolak (kuncinya apabila sepit dirapatkan). Pun pernah melihat yang seumpama di di saluran yang sama. Tidak mengapalah kalau kita tidak pandai masak sepandai mereka tetapi kalau dapat alat yang agak serupa dengan mereka pun sudah cukup baiklah ya, he he!! (syok sendirilah tu). 

Untuk tutup sepit, tarik hujung kanannya.
Untuk membuka sepit, tolak hujungnya!

Seronoknya dapat mainan baru, boleh main-main di dapur!!


14 comments:

Elham said...

Haha, Mak Aji macam saya jugak, suka beli kitchen gadgets yg chef2 guna dan perasan pandai masak macam dia org masa gunakan benda2 tuh...hihi. I got my citrus press from India, stainless steel. Very useful indeed, klu kita perah sendiri takkan dpt juice sebnyk yg guna the press.

Ummu Madihah said...

Salam Nor,

He he, two of a kind!! Wah, India mali, jauh tu, yang ni agaknya China mari kut?? (jauh juga tu) Betul tu! Nak tergelak tu bila pakai buat ala-ala mereka guna kat dalam TV tu (berangan sakan, he he!!).

Siti Suhana said...

Asmk Mak Aji...bestnyer dah dpt pemerah tuh. Sy baru berangan nak cari...bila tengok rncgn masakan omputih tuh, mcm nak miliki terus jer..

Mak Aji ada kat KB lagi ke..apalah kiranya sy nak kirim benda tuh jika tak menyusahkan Mak Aji..hehe..

Kalau Mak Aji dah smpai KL, kira selamatlah, tak perlu cari..

gajet yg satu lg tuh mmg menarik..hehe

Ummu Madihah said...

Salam Sue,

Mak Aji dah selamat balik KL. Tapi kan, kakak Mak Aji memang nak kirimkan barang kat Mak Aji, dia nak kirim kat adik yg akan jumpa Mak Aji nanti kat Hutan Melintang 7 Jun depan insya-Allah (akad nikah anak Mak Aji nanti). Mak Aji boleh minta anak buah kat KB tolong belikan nanti. Amacam!!

Siti Suhana said...

alhmdlh Mak Aji, boleh je. Terima kasih byk atas usaha Mak Aji..sy sgt hargai. Kalau tiada aral sy akan ke KL 20 jun nanti. Kalau ada Mak Aji ke DBP ke apa, boleh beri pd kak Monie dulu..nanti sy bank in duit pd Mak Aji ye (jgn lupa beri no. akaun).

Kalau tak dapat pergi DBP, Mak Aji tolong pos ke swk, nanti sy bayar kosnya sekali..terima kasih Mak Aji..

Aida Salleh said...

Saya pun suka 'toy' baru macam ni...kalau Nampak kat kedai mmg rambang mata...sepit macam kak tu saya pernah beli kat Australia dua tahun lepas kot...sbb jakut tak pernah Nampak kat msia so bila Nampak kat sana terus beli...hehehehe...

Unknown said...

assalamualaikum mak aji..zila baru fes time datang ni..(",) best nye dapat toy baru..saya suka saya suka...

Ummu Madihah said...

Salam Sue,

Sama2. Mak Aji ni kalau nak ke DBP memang malaslah. Mak Aji gi kelas insya-Allah tiap Jumaat jumpa Ayu, boleh akak kirim kat dia minta dia beri kpd Monie. Pilihan akhir, Mak Aji kirim ke sana!

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Awak pun suka gak ya. Wah jauh mali tu. Kat SSF melambak Yang ooi! Seronok gak pergi bahagian peralatan dapur dia, banyak gadget yg lain sedikit drp yg kita biasa lihat kat kedai biasa dengan harga yg agak oklah. Next time gi Aust. x payah bw balik gadget dapur lagi, gi SSF je!

Ummu Madihah said...

Salam Zila,

Selamat datang ke mari! Suka ya, banyak brg spt ni kat SSF di Sri Damansara tu, seronok layan diri tengok barang dapur dia (selain brg2 lain lagilah). Mak Aji dok x jauh mana dr situ, memang suka pergi. Yang pemerah limau tu dr Kota Bharu, pun kedai yg byk jual brg2 dapur. Kalau kat KL (Zila kat mana?) ada juga kut, mungkin area Chow Kit?, wallahualam.

QA's ~ mamapapa said...

salam mak aji :))
wah..mesti excited nk guna kedua2 mainan barunikan?eheheh!!
sepit tu mcm newly invented je,ceheheh!!yg dulu2 takde plak boleh tarik2 gitukan:)

Ummu Madihah said...

Salam QA,

Pasal ada part yang tolak tarik tu yg special tu, itu yg terus beli!

Anonymous said...

Salam Mah,suka statement" perasan pandai masak bila guna gajet mcm chef kat tv"..sungguh haih..I pun tak pandai masak tapi bila pakai resepi depa,rasa macam pandai ..tu belum guna gajet2 macam yg you ada tu...ni nak kena tiru jugak.

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

He he!! Sekapal kita ya! Sebenarnya semua kita ni gitulah! Angan2 mesti ada, ada rezeki menjadi betul, mana tau, kan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...