As-salam.
Lewat pagi semalam kami keluar ke Setapak untuk membeli pen bekam automatik serta jarumnya sekali daripada Che Wann dari blog ini: http://mukjizatbekam.blogspot.com/2011/03/pen-bekam-automatik-dan-jarum-bekam.html. Pak Aji mahukan pen automatik ini sebab katanya lebih mudah berbekam dengan pen ini berbanding Accucheck yang sedia ada di rumah.
Dalam perjalanan balik ke rumah kami menyinggah untuk membeli nasi kukus di hadapan masjid Bandar Baru Sungai Buluh. Di tepi jalan pula ada jualan durian. Pak Aji meninjau dan dibelinya sebiji dengan harga RM5 sekilo - cukuplah untuk kami berdua. Sampai sahaja di rumah dikopeknya terus durian. Apa lagi, makan durianlah dengan perut yang sudah mula berkeroncong! Setelah makan barang 5 ulas, Mak Aji minum 100 Plus yang sedia ada di atas meja (dalam hati terdetik, 'boleh ke minum ni dengan durian ya??'). Apapun tidak lama selepas solat Zohor, kepala terasa kembang, berat dan panas! Sekitar jam 3.00 kepala sudah mula berdenyut dan Mak Aji langsung bawa tidur sahaja.
Sumber foto: http://www.sxc.hu/photo/494082 |
100 Plus. Sumber foto: Google. |
Kesan apa yang dimakan masih terasa menjelang malam. Pak Aji pun pelik melihatkan Mak Aji. Apabila diberitahu apa yang diminum bersama-sama durian, katanya, 'padanlah, mana boleh minum tu dengan durian, kedua-duannya banyak gas!! '
Jadi, untuk peringatan semua, janganlah buat apa yang Mak Aji buat, lainlah kalau sengaja mahu mencubanya (saja cari penyakit)!!
6 comments:
Salam Mah,you beli kat CikWan Zuraini ke? Tinggal kat flat wangsa maju tu..kalau dia,I ada buat beberapa kali bekam dgn dia..dia pun pandai urut,cuma dia tak mau buat urut dah..tangan dia jenis berat jadi terasa bila dia urut!
nasib baik tak pengsan hehe
Salam Wan,
betul tu! Oh u dah bekam kat dia ya! u know what Mukhtar ckp apa, u bekamlah kawan u tu dan suruh dia pulak bekam u! I sebut yg u ada bekam dgn Cik Wann ni. Yg kawan tu maksudnya u lah!! Ada berani ke???
Salam Kam,
Itulah pasal. Sampai hari ni masih terasa kesannya! Jangan main-main oh!!
Mah,I tak tau berani ke tak buat kat orang,kalau belajar mungkin boleh kot..ada kaedah untuk tahu point tertentu ke? I takut sekali buat darah tak mau berhenti..hahaha..panik nanti. Pernah juga terfikir nak belajar kat Cik Wan tu,tapi fikir seriau jugak...mana tau ada orang yg ada penyakit darah tak boleh beku tu..naya! You terfikir nak buat kat umah jugak? Bagus tu,mcm cik wan tu,buat kat umah ja..ni yg buat I teringin nak pi bekam jugak!
Salam Wan,
Sebenarnya yg jenis x henti berdarah tu sbb makan ubat cair darah. Kami both makan tu sbb kolesterol tinggi tapi xde masalah pun. Jangan kalau luka kena pisau, itu yg darah menitik susah nak berhebti, seriau jugak sbb Mukhtar pernah kena. Bila bincang ngan dia teringin nak belajar tapi mcm biasalah, org tu kata, x payah belajar sbb kan dah biasa bekam dia?? Tapi i x yakin nak buat tanpa ilmu. Cik Wann suggest i buat meniaga bekam mcm dia kat rumah, i gelak je, x kuasa den! Kalau among kawan2 bolehlah kut consider. My sister ada minta i bekam dia tp i takut! I pun teringin gak nak bekam ngan dia, dia sebut brp hr tu.
Post a Comment