Followers

Friday 29 March 2013

Makan-makan Keluarga

As-salam.

Pada malam Ahad lepas Along menganjurkan makan-makan keluarga di rumah Mak Aji sempena hari ulang tahunnya dan juga sebagai kali pertama kami sekeluarga berhimpun (walaupun tidak semua yang mampu hadir). 

Menu agak simple sahaja. Mak Aji masak bihun goreng, Nadia dan Hanif menyediakan sup cendawan dan roti bawang putih, serta Mida pula menyediakan puding roti. Boy menyediakan ayam, sotong, hotdog serta kambing barbeku. Mak Aji juga membeli durian crepe dari kedai kek Laura & Daddy di Denai Alam Shah Alam - memang sesedap yang dibeli di Ikano dengan harga yang sama RM10.00 untuk 4 keping. Kek juga Along beli dari kedai kek itu. Jom kita lihat foto pada malam tersebut:

Hanif, Nadia, Along dan Pak Aji.
Along serta Imran dan Mida serta anak buahnya.
Menantu, Munir dan Zhafran sibuk memanggang.
Makan, jangan tak makan. Nampak durian crepe tu??
Kek ulang tahun dan reunion keluarga.
Pak Aji pun sibuk masuk frame.
Along dan Nadia.
Seronok berkumpul.
Lagi.
Barbeku ayam, kambing sotong dan hotdog.
Mida dan anak buahnya.
Mak Aji dan menantu, Nadia yang berbadan dua.
Makan apa sampai muncung mulut tu??
Along sekeluarga.
Keluarga yang juga merupakan jiran yang datang.

Insya-Allah lain kali bolehlah kita rancang lagi ya, makan-makan seperti ini lagi! Nanti orang lain pula yang taja ya!!




5 comments:

Aida Salleh said...

seronoknya berkumpul ramai-ramai...:-)

kak, lama takde posting baru akak. rinduuuu....rajin-rajinlah update ya kak...

Kamsiah yusoff said...

kalaulah dekat,saya pun tumpang sekaki hehe

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Akak pun rindu nak masuk tp mcm2 kekangan. Insya-Allah skrg kembali bersiaran!

Salam Kam,

Lain kali kalu mari KL singgahlah sini!

Anonymous said...

Sronok berbq..sesekali buat meriah..apa apa pun yg menark perhatian I adalah kerusi putih berlatar belakang bidai ijau tu..amboi berkenannya! Takpa,lagi seminggu dia mai pasang,sebijik macam tu cuma dok belakang rumah buat lindung mesin basuh.

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Bidai hijau juga ya, he he!! Nick tu nice guy kan! Mudah berkira orangnya. Nanti semakin luaslah wilayah takluk ya! Memang kena lindung mesin kalau x cepat buruk kena panas hujan, pun senang berkarat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...