As-salam.
Seperti yang Mak Aji sebut sebelum ini, semasa Mak Aji ke rumah kawan, Ibu Dewi, dia sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis kahwin adiknya yang akan berlangsung di Jawa Timur. Jadi sempatlah kami menjenguk hantaran yang sudah siap daripada pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan:
|
Duit mas kahwinnya bernilai Rp500,000 digubah menjadi bentuk masjid dua dimensi yang siap dibingkai. |
|
Kain pasang dari lace. |
|
Sepasang tas dan kasut untuk majlis rasmi. |
|
Set mekap. |
|
Satu lagi set tas dan dompet. |
|
Set toiletries. |
|
Rantai leher berserta loket dan rantai tangan emas. |
|
Sepasang lagi kain lace. |
|
Sehelai jubah (ada dua kepala pengantin lelaki dan perempuan yang tidur berselimutkan jubah!). |
|
Coli, seluar dalam, kain dalam serta tuala!! |
|
Selimut yang digubah menjadi gajah. |
|
Telekung serta begnya dan sejadah. |
Menurut Ibu Dewi, pengantin perempuan akan menerima persalinan serba lengkap (sebab itulah ada coli, seluar dalam serta kain dalam!!). Kami terkejut besar melihatkannya! Katanya lagi, ada juga pihak pengantin lelaki yang terus menghadiahkan kepada isterinya katil, almari baju, tilam, set kerusi dan sebagainya! Kenduri kahwin juga katanya menyediakan makanan yang agak banyak dan pelbagai - jenis lauknya ada yang sehingga 15 jenis!!
Tambah Ibu Dewi lagi, jumlah hantaran bukan setakat yang di foto atas, malah ditambah lagi dengan 10 lagi kuih-muih! Bertambah terkejut kami!!
Begitulah dia sepintas lalu persiapan hantaran kahwin pengantin dari Indonesia, khususnya dari Sidoarjo!
6 comments:
duit digubah bentuk masjid tu cantik,unik..jarang melihatnya..
bra & panties pun boleh letak dalam dulang he he he (saiz comel tak pa le..., saiz kita, mau terkejut pembawa dulang
bra & panties pun boleh letak dalam dulang he he he (saiz comel tak pa le..., saiz kita, mau terkejut pembawa dulang
mmg uniklah kak....undergarment pun ada...malu pulak tengok...hehehehehe...
Salam Kam,
Memang unik gubahannya, apalagi apabila diframekan!
Salam Monie,
Masa kita anak dara dulu bra dan panty saiz comel jugak, jd pembawa dulang xdelah terkejut!! Kalau sekarang je yg mahu terkejut tu!
Salam Da,
Jangan malu ya, itulah dia betul2 sepersalinan, serba lengkap luar dalam!!
Post a Comment