Followers

Thursday 14 March 2013

Wisata Tiga 'Dara' ke Surabaya

As-salam.

Alhamdulillah Mak Aji serta kakak, Cik Ning serta seorang kawan baik, Wan selamat pulang dari wisata di Surabaya. Kami bertolak dari LCCT pada petang 9 Mac manakala kami pulang dan tiba di LCCT menjelang tengah malam tadi. 

Rupa-rupanya berjalan sesama perempuan memang menyeronokkan, meskipun ada ketikanya kami sedikit termengah-mengah apabila terpaksa mengangkat beg berat ke hulu ke hilir. Sekiranya bersama kaum lelaki, mereka tidak betah menunggu kaum wanita membeli-belah tetapi mereka tetap setia menjadi tukang angkat barang. Dalam ketiadaan mereka terpaksalah kami membuat semuanya, kecuali apabila sampai ke kenderaan - tukang supir akan mengambil alih.

Acara kami boleh dikatakan agak selesa, tidak terlalu padat dan tidak terlalu longgar. Ada juga hajat kami yang tidak kesampaian dek kerana perancangan yang sedikit kurang kemas tetapi alhamdulillah kami agak berpuas hati. Kalau ada rezeki rasanya pada tahun hadapan kami akan merancang untuk berjalan lagi!! Itupun tentunya setelah mendapat kelulusan bos masing-masing! 

Layanlah foto kami bertiga semasa wisata singkat kami itu:

Destinasi kami - Surabaya!
Surabaya here we come!! Dalam pesawat ke Surabaya.

Sesampai kami di Bandara Juanda, kami terus ke Pasuruan dan mendaftar masuk ke Hotel Pasuruan. Madihah serta Nadia dan Mawaddah sudah sedia menunggu kami di situ.

Keesokan harinya oleh kerana spa tidak dibuka pada hari Ahad, maka kami menukar rencana dengan menempah kenderaan untuk ke Surabaya. Kami sempat ke Pusat Grosir Surabaya, ke Ampel, ke Sidoarjo untuk makan malam dan selepas itu kembali ke Pasuruan.


Menunggu pesanan makan tengah hari di Ampel.
Bergembira dengan minum Soda Gembira!
Ini rupanya soda gembira - gembira masing-masingnya!!

Hari Isnin kami ke Spa Yaya seperti yang dijanjikan dengan lebih awal lagi. Dua orang mendapat rawatan di sebelah lewat pagi hingga awal petang. Setelah siap kami memenuhi undangan makan tengah hari di rumah Aisha, kawan Madihah.


Kerusi tangas di Spa Yaya, Pasuruan.
Sungguh unik dan kreatif rupa singki di spa tersebut.
Ini brosurnya.
Jenis rawatan serta harganya - lebih mahal sedikit berbanding tahun lepas.
Selepas makan tengah hari di rumah Aisha.
Bergilir-gilir tukang fotonya.

Setelah siap makan tengah hari pada lewat petangnya dua lagi menerima rawatan yang sama. Setelah selesai kami memenuhi lagi undangan makan malam di rumah Fatimah pula!


Kuih-muih sebelum makan malam di rumah Fatimah.
Logo kedai roti yang diusahakan keluarga Fatimah.

Pada hari Selasa sebelum kami bertolak ke rumah Ibu Dewi di Sidoarjo, kami sempat membeli-belah sedikit sebanyak di Pasuruan. Ini antara kedai yang kami kunjungi:


Sungguh unik ketayapnya - di sebuah kedai di Pasuruan.
Dua rak atas menempatkan dupa/bohor/l.
Ini duanya dari dekat.

Kami juga menyinggah di Raci, Bangil untuk bertemu dengan anak bongsu Mak Aji, Asyraf yang belajar di Pondok DarulLughah Waddawah, Raci, Bangil. Sementara menunggu waktu melawat, kami singgah solat di masjid di Bangil. Sempat juga kami ke sebuah kedai yang menghasilkan telekung (di sini disebut mukena atau rokuh). Harga telekung mahupun daster (housecoat/baju kelawar) memang paling murah di sini berbanding di tempat lain yang pernah kami kunjungi.


Singgah solat di Masjid, Bangil.
Giliran Mak Aji pula posing.
Bersama-sama anak bongsu Mak Aji, Asyraf yang memondok di Raci, Bangil.


Sesampai kami ke rumah Ibu Dewi, beliau sedang sibuk menguruskan persiapan untuk perkahwinan adiknya di Jawa Tengah. Sempatlah kami merasa masakan lazat yang disediakan Ibu Dewi - mi kari! Licin semangkuk besar seorang kami makan!


Wan, Ibu Dewi dan Cik Ning.
Mak Aji, Ibu Dewi dan Cik Ning.

Ibu Dewi serta keluarga bertolak ke Jawa tengah pada tengah malamnya sementara kami disuruh tinggal sahaja di rumahnya walaupun semasa ketiadaannya. Kami bertiga mengambil kesempatan berehat sebelum bertolak pulang keesokan harinya. Berikut kami diberi sarapan oleh anak-anak yatim dari yayasan yang ditubuhkan oleh Ibu Dewi serta suaminya. Merekalah yang melayan kami semasa ketiadaan Ibu Dewi. Kami juga dihantar ke bandara oleh salah seorang yang berkhidmat dengan Ibu Dewi.


Posing sementara ,menunggu sarapan.



Berikut pula kami di kafe di bandara sementara menunggu untuk mendaftar masuk untuk penerbangan balik ke KL:








2 comments:

Anonymous said...

Salam, memang seronok,boleh lupakan sekejap kerja2 harian...tambah seronok bila teman berwisata sporting habis...gembira bersoda2 rasanya. Tapi,bab Ashraf buat ayarkmata jatuh..hiba tengok u ngan dia..adui hai...cubaan.

Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Alhamdulillah Wan seronok berwisata dengan kami! Mana tahu tahun depan ada destinasi baru pula, tentunya dgn syarat bos setuju lagi, he he! Nak buat mcm mana Wan. Kita patutnya kurang2 bawa dia keluar makan minum dulu sebelum hantar dia masuk balik, entahlah. I sebenarnya dok terfikir takut Ibu Dewi dok tunggu kita lama sangat, x seronok pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...