Followers

Sunday, 13 January 2013

Sarapan di Melawati

As-salam.

Pagi semalam (walaupun Pak Aji agak risau kalau-kalaulah terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas dek kerana perhimpunan di Stadium Negara), usai solat Subuh dan selepas mengutip sedikit cili api serta daun kesum (segar dari ladang, khas untuk kawan sebagai buah tangan!), sekitar jam 7.00 lebih kami bertolak ke pasar tani di Melawati. Tujuan kami, untuk mendapatkan ubat yang disebut oleh bapa saudara Mak Aji tempoh hari, kapsul herba tunjuk langit.

Usai membeli barang yang dihajatkan, kami bergerak ke rumah kawan Mak Aji. Dia sudah beberapa tahun bersara awal. Dia mengajak kami bersarapan di rumahnya. Mak Aji pun ada mahu memberi sedikit hadiah dari Surabaya untuknya dan dia pula ada cenderamata untuk Mak Aji:

Papan potong.
Kain batik Jawa.


Terima kasih banyak-banyak Wan! Dari Langkawi ya (ketika Mak Aji berada di Surabaya, ketika itu Wan berada di Langkawi).


 

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kembali..suka dapat jubah cantik tu..dah menerai ke kelas petang tadi..langsung ke Masjid Negara malam ni..masa nak pi kelas tu I tegur Nasir..awat pakai kemeja cantik yg baru I beli..I suruh dia pakai untuk majlis2 tertentu ja..masa tu I pulak tengah dok sarung jubah tu terus Nasir kata..haih!nak pi masjid ja awat pakai cantik sangat..


Ummu Madihah said...

Salam Wan,

Alhamdulillah Wan suka. Dok tergelak baca cerita u!! Eloklah tu, sorang menyemart, sorang melawa ke masjid, bagai pinang dibelah dua, he he!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...