As-salam.
Pada pagi ini Mak Aji menemankan kawan, Khadijah untuk membawa tamu kami dari Surabaya ke kompleks beli-belah One Utama. Setelah puas mereka membeli-belah dan menjamu mata, mereka kami bawa makan. Sekitar waktu Asar kami kembali ke rumah Khadijah untuk pekena secawan teh. Teh dituang dari teko berwarna emas yang pernah dibelinya di Makkah semasa mengerjakan haji beberapa tahun lalu. Suka hati melihat teko tersebut lalu Mak Aji memujinya. Sebentar berlalu Khadijah masuk ke dapur lalu membawa teko yang hampir sama tetapi bentuknya lain sedikit, umpama teko Aladin yang apabila digosok keluar jinnya! Ini rupanya:
Ini teko pemberian Khadijah! |
Puas Mak Aji gosok, tidak keluar juga jinnya!! Mak Aji hendak minta dikabulkan permintaan ketuhar Panasonic Inverter ini!:
Ini yang akan diminta! |
Jin sudah mula bercuti raya Cina ke?? Tidakkah awal sangat ke?? Kalau ya pun tunaikan permintaan ini dahulu, kepingin amat ketuhar itu!!
Mak Aji dengan sengaja menggosok teko itu kuat-kuat (dengan diperhatikan anak-anak) dan berkata-kata (dengan sedikit kuat sebab Pak Aji berada di dapur!) - "mana kau jin, nak minta oven ni!!" Anak-anak Mak Aji berderai-derai ketawa sambil menjeling ke arah Pak Aji (if you catch my drift, he he!!).
6 comments:
hehehehee.....kelakar lah akak ni....kak, soh jin tu kuarkan dua ya...nak jugak...hehehehe
Salam Da,
Saja je nak ngendeng kat org tu supaya belikan tp takat ni buat x faham je, huhuhu!! Nantilah, kalau keluar jin tu, akak minta dua ya, he he!!!
This is sooo funny Kak...klu dah dpt tunjuk kat sini deh!
Salam Nor,
Sori lambat balas, sibuk sikit layan tetamu kawan anak dr seberang dtg bercuti sempena maulid. Ptg td br balik ke sana, fuhh capek!
Saja buat lawak pemgubat stress dek oven rosak belum dapat betulkan or better dapat yg versi baru!!
Insyaallah kalau dapat jin bagi atau kalau xde choice kena beli sendiri, akak tayang eh, he he!!
hahhah, kelakar la mak aji ni! harap2 pak aji dgr tu....;-)
Salam Dieyana,
entahlah, kalau dia dengar pun, takat ni buat x dengar je! Bonus tabung haji 8% th lepas, tengah berharaplah ni!!
Post a Comment