Followers

Wednesday 30 January 2013

Tamu dari Surabaya

As-salam.

Anak Mak Aji, Madihah pulang dari Surabaya (bercuti Maulid) bersama-sama dua orang ustazah, juga kawan yang ingin melawat  Malaysia. Mereka belum pernah sampai ke mari dan ini merupakan pengalaman pertama mereka.

Kesemua mereka tiba di LCCT malam tadi. Salah seorang ustazah/kawan mereka (Madihah dan Nadia) masih agak lemah  (tidak boleh banyak renyah) kerana masih belum pulih sepenuhnya dari penyakit tipers yang pernah Madihah alami beberapa bulan lepas.

Rencana awalnya kami semua sepatutnya bertolak ke JB pada pagi ini dan seterusnya melawat Singapura (Universal Studios salah satunya). Dek kerana keadaan kurang mengizinkan, kami tangguhkan dahulu rencana tersebut. Buat masa ini mereka bermalam di rumah Nadia. Sebentar tadi mereka datang ke rumah Mak Aji:

Madihah, Nadia, Aisha dan Fatimah.


Mak Aji harapkan Aisha dan Fatimah seronok di Malaysia dan lain kali tidak akan serik berkunjung lagi!

4 comments:

Aida Salleh said...

macam arab lah diorg tu kak.harap diorang happy berkunjung ke malaysia ni dan membawa balik kenangan indah yg tak dapat dilupakan. :-)

Ummu Madihah said...

Salam Da,

Memang mereka berketurunan Arab pun, asal keturunan dr Yaman, yg nenek moyang mrk dtg ke Indonesia utk berdakwah. Sorangnya Aisha al-Hamid dan sorang lagi Fatimah ben Agil. Mrk x pakai nama sharifah bagai, cuma nama keturunan dihujung nama mrk.

Anonymous said...

wah wah wah...baru tau nih kalo dipost kat sini :D ,,seronok sangat la auntie,,fatima nak balik sometime :)

Ummu Madihah said...

Salam Fatima,

Boleh saja kalau mahu ke mari lagi! Pintu sentiasa terbuka insya-Allah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...